• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas wayarles pantas Xiaomi ini datang bersama pengecas 27W

  • OLEH Najib
  • 10:39 am
  • 04/04/2019
  • Komen
Pengecas wayarles pantas Xiaomi ini datang bersama pengecas 27W
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran Mi 9 semalam, Xioami turut memperkenalkan satu aksesori baru untuk pengguna di Malaysia iaitu pengecas wayarles 20W. Ia adalah pengecas wayarles terpantas di pasaran sekarang, malah jauh lebih pantas dari pengecas berwayar yang datang bersama iPhone XS.

Harganya juga tidak mahal. Ia akan dijual di Malaysia dengan harga RM129 sahaja. Bukan itu sahaja, pengecas wayarles ini datang bersama pengecas berwayar 27W. Ia adalah lebih berkuasa dari pengecas 18W yang datang bersama Mi 9.



Pengecas wayarles ini dibina bersama kipas penyejuk di dalamnya. Ia serasi digunakan bersama mana-mana peranti yang menggunakan teknologi Qi dan EPP 10W.

Menurut Xiaomi, Mi 9 dengan bateri 3,300mAh boleh dicas penuh secara wayarles dalam masa 90 minit sahaja. Manakala pengecas berwayar 27W pula, dikatakan 34% lebih pantas dari pengecas 18W.



Orang ramai boleh mendapatkan pengecas wayarles 20W Xiaomi ini bermula 13 April, di stor Xiaomi di Lazada dan semua Mi Store di seluruh Malaysia.

Tags: Mi 9pengeca wayarlesxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Pengecas wayarles pantas Xiaomi ini datang bersama pengecas 27W

Pengecas wayarles pantas Xiaomi ini datang bersama pengecas 27W

4 April 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN