• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raspberry Pi Lancar Papan Kekunci Dengan Fungsi Tambahan Sangat Menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:37 am
  • 04/04/2019
  • Komen
Raspberry Pi Lancar Papan Kekunci Dengan Fungsi Tambahan Sangat Menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Sesiapa yang pelajari dunia sains komputer pastinya mengenali Raspberry Pi, produk komputer papan tunggal yang sangat versatil. Kali ini, mereka memperkenalkan dua aksesori baru yang boleh dipadankan bersama projek Raspberry Pi anda yang akan datang iaitu sebuah papan kekunci dan tetikus.

Papan kekunci kompak 79 kunci ini hadir dalam warna rasmi Raspberry Pi, merah dan putih. Menariknya produk ini adalah di badannya ada tiga port USB yang boleh digunakan untuk menguasakan aksesori USB yang lain.



Tapi anda jangan ingat papan kekunci ini hanya untuk produk Rasperry Pi. Oleh sebab ia menggunakan sambungan USB, ia boleh digunakan di mana-mana yang menyokong input USB dan anda beroleh 3 port USB tambahan untuk pemacu kilat anda misalnya!

Tetikus pula tiada apa-apa yang menarik kecuali warna merah putih dan mengunakan sambungan USB. Kabelnya agak pendek dan jika anda ada keyboard rasmi Raspberry, gunakan saja salah satu port USB untuk tetikus ini.



Di UK, kombo papan kekunci dijual pada harga GBP 22 (RM118.20). Jika dibeli berasingan, papan kekunci dan tetikus masing-masing miliki tanda harga GBP 15.60 (RM 83.86) dan GBP 7.30 (RM 39.24).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: raspberry pi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Raspberry Pi Lancar Papan Kekunci Dengan Fungsi Tambahan Sangat Menarik

Raspberry Pi Lancar Papan Kekunci Dengan Fungsi Tambahan Sangat Menarik

4 April 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN