• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM kembali tawarkan Set-Top-Box Unifi TV dengan bayaran tambahan

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 04/04/2019
  • Komen
TM kembali tawarkan Set-Top-Box Unifi TV dengan bayaran tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Unifi dilaporkan telah berhenti memberi Set-Top-Box (STB) bersama langganan Unifi Home Fibre Broadband. STB membolehkan pengguna menonton Unifi TV di skrin besar TV, selain dari aplikasi Unifi TV di peranti mudah alih.

STB merupakan satu tawaran eksklusif Unifi, yang tidak terdapat dalam mana-mana langganan jalur lebar tetap lain di Malaysia. Walaupun agak ramai yang tidak menontonnya, masih terdapat segelintir yang memilih Unifi kerana mahukan tontonan TV percuma yang datang bersama langganan Unifi Home Fibre.



Kini laman Unifi Home Fibre Broadband kembali dengan dua senarai langganan Unifi 100Mbps. Tawaran pertama berharga RM129/bulan manakala tawaran kedua, RM159/bulan datang dengan tambahan STB.

Pelan RM129 masih memberikan akses ke Unifi TV, menerusi aplikasi mudah alih. Tetapi tidak semua saluran boleh ditonton, pengguna perlu memilih salah satu dari pek Varnam+, Aneka+ atau Ruby+.



Di dalam FAQ Unifi Home Fibre, pelan RM159 merupakan promosi musim cuti sekolah. Promosi ini berjalan sejak 12 Mac dan berakhir pada 31 Mei 2019. Di luar waktu promosi, pelan ini asalnya berharga RM189/bulan. Selain STB, pelan ini datang bersama pek Ultimate yang membolehkan pengguna menonton semua saluran Unifi TV.

Semua pengguna baru Unifi Home Fibre, dan pengguna yang bertukar ke pelan RM159 perlu mendaftar kontrak selama 24 bulan. Selepas tamat tempoh 24 bulan ini, pengguna akan terus menikmati harga RM159/bulan.

Selain promosi cuti sekolah, Unifi juga sedang menawarkan baucar Lazada percuma untuk pelanggan baru yang bertuah. Promosi ini berjalan dari 18 Mac hingga 8 April, dan langganan harus dibuat menerusi laman web www.unifi.com.my. Seramai 1,000 pemenang akan dipilih untuk memenangi baucar Lazada bernilai RM10.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi cuti sekolah dan baucar Lazada, layari laman Unifi Home Fibre Broadband sekarang.

Tags: Unifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

TM kembali tawarkan Set-Top-Box Unifi TV dengan bayaran tambahan

TM kembali tawarkan Set-Top-Box Unifi TV dengan bayaran tambahan

4 April 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER