• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi Set-Top-Box Unifi TV diberi kepada pelanggan

  • OLEH Najib
  • 11:10 am
  • 18/01/2019
  • Komen
Tiada lagi Set-Top-Box Unifi TV diberi kepada pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Satu perkara yang membezakan jalur lebar tetap Unifi dari pesaingnya yang lain ialah tawaran IPTV Unifi TV. Ia adalah sebahagian dari kempen Coenvergence yang mereka gerakkan, menggabungkan Video, Internet dan Telefon.

TM menyediakan Set-Top-Box (STB) kepada pelanggan Unifi, membolehkan mereka menonton pelbagai saluran TV menerusi internet, yang dipanggil IPTV. Malangnya, pelanggan baru Unifi tidak akan lagi menerima STB ini.



Berdasarkan FAQ terbaru Unifi di laman Fibre Broadband, STB IPTV tidak akan lagi diberikan kepada pelanggan bermula Januari 2019. Bagaimanapun, pelanggan baru Unifi masih lagi boleh menonton Unifi TV menerusi aplikasi mudah alih PlayTV yang terdapat untuk peranti Android dan iOS.

FAQ tersebut turut menyatakan, trend terkini pengguna menunjukkan perubahan dari menonton kandungan secara tetap kepada mudah alih. Pengguna baru juga tidak ada pilihan untuk mendapatkan STB IPTV. Bagi pengguna sedia ada dengan STB di rumah, masih boleh terus menggunakannya seperti biasa.



Sebenarnya, TM telah menghentikan pemberian STB selepas perubahan tawaran jalur lebar mereka sejak bulan September 2018. Pelan 100Mbps berharga RM129/bulan datang dengan pek Unifi TV tetapi boleh ditonton menerusi aplikasi PlayTV. Pengguna yang ingin mendapatkan STB IPTV perlu membayar tambahan RM30/bulan yang memberikan akses kepada semua saluran.

Tanpa STB IPTV, pelan Unifi kini dilihat tidak ada bezanya dengan pelan jalur lebar tetap yang lain seperti Maxis dan TIME. Malah, pelan jalur lebar mereka berharga lebih murah dari Unifi.

Walaupun trend pengguna kini lebih banyak menonton secara bergerak, masih ramai pengguna yang memilih Unifi kerana nilai tambah yang terdapat pada Unifi TV. Penggunaan STB adalah jauh lebih mudah dan stabil berbanding aplikasi PlayTV dengan antaramuka yang tidak mesra pengguna, malah tidak menyokong penggunaan ChromeCast. Tanpa sokongan ChromeCast, kandungan di PlayTV tidak boleh ditonton di TV.

Google ChromeCast

Adakah TM mempunyai perancangan lain untuk pengguna Unifi di masa hadapan? Sekurang-kurangnya, apabila membuang nilai tambah maka kurangkanlah harganya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih gemar menonton TV di atas sofa di rumah, atau lebih suka berjalan-jalan di sekitar rumah dan menonton di peranti mudah alih?

[Sumber: Lowyat]

Tags: TMUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Tiada lagi Set-Top-Box Unifi TV diberi kepada pelanggan

Tiada lagi Set-Top-Box Unifi TV diberi kepada pelanggan

18 January 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN