• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tencent perkenal Start untuk saingi Google Stadia

  • OLEH Najib
  • 3:51 pm
  • 05/04/2019
  • Komen
Tencent perkenal Start untuk saingi Google Stadia
Share on FacebookShare on Twitter

Tencent merupakan salah satu gergasi syarikat teknologi di China, dengan aplikasi terkenal mereka seperti WeChat dan PUBG. Mereka kini dilaporkan sudah mula menguji platform permainan awan yang hampir serupa dengan Google Stadia.

Stadia memperkenalkan konsep bermain game secara strim, sama seperti menonton video di YouTube. Dengan ini, pengguna tidak lagi memerlukan komputer berkuasa tinggi untuk bermain game AAA yang digelar game berat.



Semua kuasa pemproses utama serta grafik, diuruskan oleh komputer pelayan Google yang menghantar paparan video kepada pengguna. Apa yang pengguna perlukan ialah sambungan internet berkelajuan tinggi dan pad kawalan Stadia.

Berbalik pada Tencent, mereka telah membuka laman web yang memperkenalkan produk bernama ‘Start’. Pendaftaran ujian kini telah dibuka kepada penduduk di Shanghai dan Guangdong. Antara yang dapat dilihat di laman web tersebut ialah ‘anda boleh bermain di mana-mana peranti’, ciri-ciri yang sama seperti Stadia.



Awal bulan lepas, Tencent dan Intel mengumumkan kerjasama mereka dan melancarkan Tencent Instant Play. Servis awan ini membolehkan orang ramai bermain game di mana sahaja, pada hampir semua jenis peranti. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Start ialah nama baru untuk Tencent Instant Play atau perkara yang berbeza.

Tencent Instant Play allows you to game anywhere, anytime, on nearly any device due to #5G low latency & high bandwidth. #CloudGaming #MWC19 pic.twitter.com/fUWVMetQds

— Intel (@intel) February 28, 2019

Sebagai pembangun permainan video, Tencent dilihat mempunyai kelebihan berbanding Google. Ini kerana mereka boleh menyesuaikan permainan mereka untuk digunakan di Start. Tetapi kejayaan Tencent di peringkat antarabangsa masih agak samar memandangkan permainan mereka hanya popular di China dan sekitar Asia Tenggara. Walaupun begitu, ia cukup untuk menjadikan mereka salah satu gergasi teknologi di dunia.

[Sumber: CNBC]

Tags: Permainan AwanStarttencent
Najib

Najib

POPULAR

Tencent perkenal Start untuk saingi Google Stadia

Tencent perkenal Start untuk saingi Google Stadia

5 April 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN