• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Powerbank ASUS yang boleh cas laptop, terkecil dan teringan di dunia tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:21 am
  • 06/04/2019
  • Komen
Powerbank ASUS yang boleh cas laptop, terkecil dan teringan di dunia tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Powerbank dan telefon pintar sudah menjadi satu pasangan yang biasa dilihat. Tetapi kini ia mula mendapat pasangan baru apabila semakin banyak laptop menggunakan port USB-C sebagai sumber kuasa.

ASUS Malaysia kini memperkenalkan ZenPower Pro PD, sebuah powerbank dengan kuasa Power Delivery 3.0 yang boleh mengecas laptop. Menurut ASUS, ia adalah powerbank paling ringan dan nipis di dunia yang boleh mengecas laptop.



Powerbank ASUS ZenPower Pro PD dijual pada harga RM349 dan ia kini terdapat di Stor ASUS di Lazada. Ia memiliki kapasiti sebesar 13,600mAh dengan port USB-C padanya mampu mengeluarkan kuasa setinggi 45W. ASUS menyatakan, ia boleh mengecas laptop ASUS Zenbook 3 UX390A dari 5% ke 41% dalam masa 30 minit.

Oleh kerana ia menggunakan standard USB-C PD, ia juga boleh digunakan untuk mengecas bukan sahaja laptop lain, malah telefon pintar dan alat permainan seperti Nintendo Switch.



Powerbank ini menyokong pengecasan pantas dua-hala, jadi ia boleh dicas menggunakan pengecas PD 3.0 yang serasi. Menurut helaian spesifikasi, ia mengambil masa kurang dari 4.5 jam untuk dicas penuh jika menggunakan pengecas 20V/1.5A.

Powerbank ini juga memiliki port keluar USB-A dengan kuasa 5V/2.4A. Ia turut dipasang lampu LED bercahaya tinggi yang boleh digunakan sebagai lampu picit, selain 4 lampu LED sebagai tanda aras tenaga.

ASUS ZenPower Pro PD hanya terdapat di dalam warna hitam dengan berat 315 gram. Ia diberikan jaminan tempatan selama 6-bulan.

Tags: asuspowerbankZenPower Pro PD
Najib

Najib

POPULAR

Powerbank ASUS yang boleh cas laptop, terkecil dan teringan di dunia tiba di Malaysia

Powerbank ASUS yang boleh cas laptop, terkecil dan teringan di dunia tiba di Malaysia

6 April 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN