• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ketibaan Mi 9 menurunkan harga Mi MIX 2s, Mi 8 dan Pocophone F1

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 08/04/2019
  • Komen
Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 9 tiba di Malaysia dan telah dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM1,699. Ia dilengkapi pemproses Snapdragon 855 terbaru dan ini membuatkan peranti Xiaomi berkuasa Snapdragon 845 mula diturunkan harga.

Peranti yang ditemui terkesan dengan penurunan harga ini ialah Mi MIX 2s, Mi 8 dan juga Pocophone F1. Harga terkini semua peranti Xiaomi berkuasa Snapdragon 845 ini adalah seperti berikut:



  • Mi MIX 2s (RAM 6GB + storan 64GB) – RM1,799 RM1,199
  • Mi MIX 2s (RAM 6GB + storan 128GB) – RM2,099 RM1,299
  • Mi 8 (RAM 6GB + storan 64GB) – RM1,679 RM1,499
  • Mi 8 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM1,899 RM1,599
  • Pocophone F1 (RAM 6GB + storan 64GB) – RM1,299 RM1,199

Mi MIX 2s dikenali sebagai model pelopor telefon dengan skrin tanpa bingkai dan tidak bertakuk. Kelebihannya ialah pada badan yang diperbuat dari seramik, lebih tahan lasak berbanding kaca. Ia juga memiliki pengecasan wayarles.

Skrin Mi MIX 2s seluas 5.99-inci HD Penuh, kamera belakang 12MP+12MP berkuasa 2x zum optikal, kamera depan 5MP dan bateri 3,400mAh.



Mi 8 pula memiliki beberapa naik taraf dari Mi MIX 2s, tanpa pengecasan wayarles. Skrinnya lebih lebar berukuran 6.21-inci dari jenis AMOLED, tetapi bertakuk di atas.

Kamera belakangnya 12MP+12MP juga dengan kuasa 2x zum optikal, kamera depan 20MP dan bateri 3,400mAh.

Pocophone F1 sangat popular sebagai peranti berkuasa tinggi dengan harga termurah. Ini menjadikannya kegemaran ramai, terutama untuk peminat games mudahalih. Kelebihannya berbanding Mi MIX 2s dan Mi 8 ialah seperti masih memiliki jek audio 3.5mm, slot kad mikroSD dan sistem penyejukan cecair.

Skrinnya bertakuk dengan keluasan 6.18-inci, bateri paling besar 4,000mAh menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 tetapi tiada pengecasan wayarles.

Mi 9 memiliki hampir semua kelebihan yang terdapat pada ketiga-tiga telefon di atas, dengan kuasa tiga kamera di belakang bersama kamera utama 48MP, pengecasan wayarles terpantas 20W, pengimbas capjari dalam skrin tetapi tiada jek audio 3.5mm dan slot kad mikroSD. Harga jualannya ialah:

  • Mi 9 (RAM 6GB + storan 64GB) – RM1,699
  • Mi 9 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM1,999

Kesemua peranti Xiaomi dengan harga baru yang lebih rendah boleh didapati di Stor Online Xiaomi di Lazada semua Mi Stor di seluruh negara.

Tags: Mi 8Mi 9Mi MIX 2SPocophone F1xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah

Ketibaan Mi 9 menurunkan harga Mi MIX 2s, Mi 8 dan Pocophone F1

8 April 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER