• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak perlu lagi “Safely Remove Hardware and Eject Media” di Windows 10

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 09/04/2019
  • Komen
Tak perlu lagi “Safely Remove Hardware and Eject Media” di Windows 10
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda menuruti pesanan rakan anda yang pakar teknologi bahawa, sebelum mencabut pendrive atau pemacu kilat di komputer, anda perlu menekan butang eject drive agar data didalamnya selamat? Laporan terbaru mengatakan, perkara tersebut tidak perlu dilakukan.

Microsoft mengesahkan di Windows 10, ia memiliki fungsi yang dipanggil “quick removal“. Ia membolehkan sebarang pemacu kilat dicabut dari komputer bila-bila masa, asalkan bukan semasa proses pemindahan data. Ia menjadi tetapan lalai sejak Windows 10 versi 1809.



Sebelum versi 1809, polisi lalai Windows 10 ialah “Better Performance” di mana ia akan menulis cache secara berterusan di dalam pemacu kilat, untuk prestasi menulis yang lebih pantas. Tetapi ini memerlukan pengguna menekan butang ‘eject media’ agar Windows 10 berhenti menulis cache.

Secara asasnya, “quick removal” menghalang Windows dari berterusan cuba menulis ke dalam pemacu kilat. Ini fungsi penting yang sangat membantu ketika anda mahu mencabut pemacu kilat dari komputer.



Tetapi ikon “Safely Remove Hardware and Eject Media” masih terpapar di System Tray, di sudut bawah kanan Windows 10. Tidak salah juga kalau kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan menekan ikon eject ini terlebih dahulu.

Cuma tidaklah perlu terkejut dan menjerit jika terlihat sesiapa mencabut terus pemacu kilat di komputernya nanti.

[Sumber: TheVerge]

Tags: MicrosoftPemacu Kilatwindows 10
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Tak perlu lagi “Safely Remove Hardware and Eject Media” di Windows 10

Tak perlu lagi “Safely Remove Hardware and Eject Media” di Windows 10

9 April 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN