• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V15 Pro akan datang dengan RAM 8GB untuk sertai kejohanan PUBG Mobile 2019

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 10/04/2019
  • Komen
Vivo Dengan Kamera Selfie 32MP Akan Masuki Malaysia 26 Februari 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar terbaru Vivo di Malaysia, V15 Pro dijangka akan diperkenalkan dengan spesifikasi lebih tinggi tidak lama lagi. Perkara ini dikongsi oleh Vivo Malaysia dalam pertemuan bersama media di mana mereka mengumumkan Vivo V15 Pro baru dengan RAM lebih besar 8GB dan storan 128GB.

Perkara ini diberitahu serentak dengan pengumuman kerjasama rasmi Vivo bersama Kejohanan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile Kebangsaan (PMNC) 2019. Vivo akan menjadi telefon rakan telefon pintar rasmi PMNC 2019, bergandingan dengan gergasi permainan video, Tencent Games.



Pertandingan PMNC 2019 akan dibuka pendaftaran pada 13 April 2019 dan pusingan kelayakan akan bermula dari 27 April 2019 di Sunway Lagoon. Pemenang akan berpeluang untuk menyertai pertandingan peringkat serantau untuk berentap bersama pasukan terbaik Asia Tenggara.

Bagi telefon pintar Vivo V15 Pro yang baru diumumkan ini, tiada perbezaan langsung antara keduanya melainkan pada saiz RAM. Sebelum ini hanya ada 6GB, kini ia disertakan RAM 8GB.



Kuasanya digerakkan oleh cip pemproses Snapdragon 675 dengan bateri 3,700mAh. Ia dicas melalaui port mikroUSB dan menyokong pengecasan pantas Vivo Dual-Engine.

Skrin V15 Pro berukuran 6.39-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED dan tiada takuk. Ini kerana kamera hadapannya dengan resolusi 32MP boleh disembunyikan di belakang skrin melalui modul bermotor. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Kamera belakang pula tiga lensa, menggandingkan lensa utama 48MP, lensa sudut ultra lebar 8MP dan pengesan tahap kedalaman 5MP.

Vivo tidak menyatakan bilakah ia akan mula dijual dan berapa harganya. Untuk rujukan, V15 Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB telah dijual di Malaysia pada harga RM1,799.

Peminat Vivo dan PUBG digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berita terkini dengan melayari Facebook Vivo Malaysia dan Facebook PUBG Mobile Malaysia.

Tags: pubgpubg mobilevivoVivo V15Vivo V15 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Vivo Dengan Kamera Selfie 32MP Akan Masuki Malaysia 26 Februari 2019

Vivo V15 Pro akan datang dengan RAM 8GB untuk sertai kejohanan PUBG Mobile 2019

10 April 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN