• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note 10 mahu diperkenalkan dalam dua saiz

  • OLEH Najib
  • 6:32 pm
  • 15/04/2019
  • Komen
Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa khabar angin bertiup kebelakangan ini menyatakan, Samsung akan melancarkan Galaxy Note 10 dalam dua jenis yang berbeza saiz skrin. Spesikulasi ini kian menghampiri kenyataan apabila laman Sammobile melaporkan, mereka telah memperolehi nombor model untuk Galaxy Note 10.

Menurut Sammobile, Galaxy Note 10 akan diberikan nombor model SM-N970 dan SM-N975. Selain saiz skrin dan badan yang berbeza, ia turut akan menawarkan variasi 5G untuk model ini.



Samsung Galaxy S10+ 5G

Untuk versi 4G LTE, ia akan ditawarkan dalam model asas dengan skrin 6.28-inci dan tiga kamera belakang. Manakala model yang lebih besar pula memiliki skrin 6.75-inci dan empat kamera belakang. Samsung nampaknya banyak menghasilkan peranti dengan skrin 6.7-inci baru-baru ini, seperti di Galaxy S10 5G serta Galaxy A70 dan Galaxy A80.

Memandangkan skrin Galaxy Note9 sudah sebesar 6.4-inci, model asas ini dijangka dikenali sebagai Galaxy Note 10e. Tetapi pembocor berita @UniverseIce pula berpendapat, model asas tersebut akan kekal dengan nama Galaxy Note 10, tetapi model yang lebih besar akan membawa nama Galaxy Note 10 Pro.



dari kiri: Galaxy S10, Galaxy S10e dan Galaxy S10+

Dari sejarah sebelum ini, Galaxy Note 10 dijangka akan mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Galaxy S10. Antaranya ialah kamera ultra lebar dan telefoto, paparan Infinity-O berlubang dan pengimbas capjari dalam skrin ultrasonik. Perkara baru yang pasti ada ialah pengecas pantas 25W yang pertama kali diperkenalkan di Galaxy A70 dan Galaxy A80.

Perkara paling penting di Galaxy Note ialah S Pen. Di Galaxy Note9 yang lepas, S Pen telah berevolusi menjadi sebuah alat kawalan jauh Bluetooth. Ini membolehkannya melakukan banyak perkara yang tidak terdapat di telefon pintar lain.

Dalam satu laporan sebelum ini, Samsung ditemui telah memfailkan paten yang memuatkan kamera optikal di dalam stylus. Adakah ia sempat menemui sinar untuk bersama Galaxy Note 10?

Galaxy Note 10 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Ogos, sebelum Apple melancarkan telefon pintar iPhone yang baru. Masih ada banyak masa sebelum ia dilancarkan, jadi ia mungkin berubah lagi sebelum tiba di peringkat akhir penghasilan.

[Sumber: Sammobile]

Tags: Galaxy Note 10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9

Galaxy Note 10 mahu diperkenalkan dalam dua saiz

15 April 2019
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN