• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 Lite rupanya telefon misteri 3 kamera yang akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:34 pm
  • 15/04/2019
  • Komen
Honor 20 Lite rupanya telefon misteri 3 kamera yang akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon misteri Honor dengan tiga kamera belakang yang akan dilancarkan di Malaysia minggu ini, bukanlah Honor 10i atau Honor 20i. Sebaliknya ia akan dipanggil sebagai Honor 20 Lite di Malaysia.

Majlis pelancaran Honor 20 Lite akan diadakan pada hari Rabu ini, 17 April 2019. Harga dan tarikh jualannya pasti akan diumumkan semasa pelancarannya dua hari lagi. Dari spesifikasinya, kami anggarkan harganya akan berada di bawah RM1,000.



Apa tidaknya, Honor 20 Lite amat menyerupai Huawei Nova 4e. Skrinnya berukuran 6.21-inci HD Penuh+ dengan takuk kecil di atas. Ia dikuasakan cip pemproses Kirin 710 bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Tiga kamera belakangnya merangkumi kamera utama 24MP F1.8, kamera kedua pula bersudut ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera ketiga mengesan kedalaman 2MP F2.4. Di hadapan, ia menggunakan kamera 32MP dan terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.



Bateri di dalam Honor 20 Lite sebesar 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Ia datang dengan pengimbas capjari di belakang dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm. Sistem operasi Android 9.0 dengan antaramuka EMUI 9.0.1 digunakan di Honor 20 Lite.

Honor 20 Lite akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Phantom Red dan Phantom Blue. Maklumat lanjut tentang peranti ini akan didedahkan pada majlis pelancarannya rabu ini, 17 April 2019.

Jika ia boleh dijual di bawah RM1,000, Honor 20 Lite boleh menjadi telefon pintar dengan 3 kamera belakang paling murah di Malaysia. Apatah lagi, ia memiliki RAM sebesar 4GB dan storan yang amat luas, 128GB.

Tags: honorHonor 20 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Honor 20 Lite rupanya telefon misteri 3 kamera yang akan dilancar di Malaysia

Honor 20 Lite rupanya telefon misteri 3 kamera yang akan dilancar di Malaysia

15 April 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN