• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

App GrabFood henti operasi, integrasi ke app utama & berkembang ke 5 bandar

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 16/04/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Grab hari ini meraikan ulangtahun pertama perkhidmatan penghantaran makanan mereka, GrabFood dengan mengumumkan pemindahan aplikasi tersebut. Perkhidmatan GrabFood selepas ini boleh diakses terus dari aplikasi Grab, yang turut menyediakan perkhidmatan e-hailing dan penghantaran barang.

Perkara ini selaras dengan matlamat Grab untuk menjadikan aplikasi Grab, sebuah aplikasi Super Setiap Hari, menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam satu tempat. Proses pemindahan aplikasi ini akan bermula pada 17 April 2019.



Di samping itu, GrabFood turut diumumkan akan diluaskan ke 5 bandar di Malaysia. Bandar tersebut ialah Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pengguna di 5 bandar ini boleh mula menggunakan perkhidmatan GrabFood bermula dari 22 April 2019. Proses pemindahan dan perluasan ke 5 bandar ini dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan bulan Mei.



Pengguna boleh menikmati pelbagai kemudahan GrabFood menerusi aplikasi Grab. Antaranya promosi terkini dan restoran pilihan di muka utama, mengetahui masa buka dan tutup kedai serta rating pengguna, menerima dan menggunakan ganjaran GrabRewards serta berkomunikasi terus dengan penghantar secara percuma melalui GrabChat.

Sementara rakan restoran pula, memiliki akses terus ke jutaan pengguna Grab. Ia membantu meningkatkan tempahan mereka di samping menguruskan kedai online sendiri.

Sejak dilancarkan, rakan restoran di GrabFood melihat peningkatan keuntungan sekitar 10-20%. Dengan gabungan GrabFood ke dalam Grab, dijangka permintaan akan meningkat 2x ganda.

Tags: GrabGrabFood
Najib

Najib

POPULAR

App GrabFood henti operasi, integrasi ke app utama & berkembang ke 5 bandar

16 April 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN