• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

100 filem VOD percuma untuk pelanggan pelan baru Unifi 300Mbps

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 16/04/2019
  • Komen
100 filem VOD percuma untuk pelanggan pelan baru Unifi 300Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

TM hari ini mengumumkan pelan baru Unifi yang menawarkan kelajuan lebih pantas. Sebelum ini hanya dengan kelajuan 30Mbps dan 100Mbps, kini pengguna baru Unifi boleh melanggan Unifi dengan kelajuan 300Mbps.

Sudah pasti, harga langganannya pasti lebih mahal dari pelan sebelumnya. Unifi 300mbps dikenakan kadar langganan sebanyak RM199/bulan. Menurut TM, ia adalah harga promosi kerana harga asalnya ialah RM259/bulan. Pelanggan yang melanggan semasa harga promosi ini, akan kekal selamanya dengan harga ini walaupun telah tamat tempoh kontrak.



Pelan 300Mbps memiliki semua yang ada di pelan 100Mbps seperti Unifi TV Box dengan pek Ultimate, tiada had kuota, kelajuan muat naik sehingga 50Mbps, 600 minit panggilan percuma ke semua talian di Malaysia, panggilan tanpa had ke talian tetap TM, serta modem dan router berkelajuan tinggi. Kelebihannya, kelajuan muat turun mencecah sehingga 300Mbps.

Khas untuk pelanggan terawal, TM turut memberikan 100 filem percuma menerusi Video-On-demand (VOD). Promosi ini berjalan dari 15 April sehingga 30 Jun 2019. Bagaimanapun, filem VOD percuma ini diberikan dalam bentuk 4 baucer VOD sebulan, selama 25 bulan berturut-turut. Baucer ini bernilai RM10 setiap satu, dan pengguna perlu membayar tambahan jika filem VOD tersebut berharga lebih mahal dari RM10.



Seperti biasa, pelanggan baru perlu menandatangani kontrak selama 24 bulan apabila mendaftar. Bagi pengguna sedia ada yang mahu menaik taraf ke pelan baru ini, mereka perlu menandatangan kontrak 24 bulan yang baru. Tidak kira masih terikat dengan kontrak lama atau sudah tamat tempoh kontrak.

Dengan ini, pengguna diberi lebih banyak pilihan untuk melanggan Unifi. Jika kelajuan 100Mbps mencukupi, boleh melanggan pelan 100Mbps RM159. Jika tidak perlukan Unifi TV Box pula, boleh langgan pelan 100Mbps RM129. Untuk penggunaan internet yang tidak selalu dan kurang dari 60GB/bulan, boleh melanggan pelan Unifi Basic 30Mbps RM79.

Maklumat lanjut tentang pelan baru Unifi 300mbps RM199 dan promosi 100 filem VOD percuma, boleh dirujuk di Soalan Lazim Unifi di sini.

TM juga masih menawarkan inisiatif pemasangan Unifi dalam masa 24 jam. Pengguna yang mendaftar Unifi, boleh menempah slot untuk pemasangan dalam masa 24 jam, jika masih terdapat kekosongan. Caj pemasangan RM200 akan dikecualikan untuk permohonan selewat-lewatnya pada 30 April 2019.

Tags: TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
100 filem VOD percuma untuk pelanggan pelan baru Unifi 300Mbps

100 filem VOD percuma untuk pelanggan pelan baru Unifi 300Mbps

16 April 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER