• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Galaxy A60 Rasmi Di China Dan Tampil Dengan Paparan Infinity-O

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:04 pm
  • 18/04/2019
  • Komen
Galaxy A60 Rasmi Di China Dan Tampil Dengan Paparan Infinity-O
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas A80 dan A70 di Bangkok tempoh hari, Samsung terus memperkaya keluarga A mereka dengan pengenalan A60 dan A40s di China. A60 sedikit unik kerana menampilkan rekaan skrin berlubang seperti Huawei Nova 4.

Galaxy A60 menerima paparan Infinity-O sebesar 6.3″ pada resolusi Full HD+. Paparannya sedikit kecil berbanding 6.7″ Galaxy A70 tapi spesifikasi mereka hampir selari.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa CPU Snapdragon 675 dengan RAM 6GB serta storan setinggai 128GB. Tiada perkhabaran tentang kehadiran slot hibrid untuk memperluas storan dalamannya.

Spesifikasi Galaxy A60

[table “166” could not be loaded /]

Pada bahagian kamera, anda beroleh tiga kamera belakang dengan konfigurasi 32MP + 8MP (ultralebar) + 5MP (bokeh). Swafoto pula diambil melalui kamera 32MP. Specs kamera A60 adalah sama seperti A70.



Untuk bateri, ia mengandungi 3,500mAh tenaga dan dicas melalui port USB-C di bahagian bawah. Tiada pengimbas cap jari terbina dalam skrin sebaliknya ia hadir di belakang badan telefon.

Samsung Galaxy A40s

Selain A60, Samsung juga mengumumkan A40s yang dipercayai dijenamakan semula daripada Galaxy M30 yang diumumkan emreka di India awal tahun ini.

Galaxy A40s

Untuk spesifikasi, anda beroleh telefon dengan:

  • Paparan 6.4″ sAMOLED
  • CPU Exynos 7904
  • RAM 6GB
  • Storan 64GB
  • Kamera belakang 13MP + 5MP (ultralebar) + 5MP (bokeh)
  • Kamera selfie 16MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W

Harga

Samsung Galaxy A60 dijual di China pada harga RMB 1,999 (RM 1,235) manakala A40s dijual pada harga RMB 1,499 (RM 926).

[Sumber: Sammobile]

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy a40ssamsung galaxy a60
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy A60 Rasmi Di China Dan Tampil Dengan Paparan Infinity-O

Galaxy A60 Rasmi Di China Dan Tampil Dengan Paparan Infinity-O

18 April 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN