• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selamat tinggal BBM, akan tamat perkhidmatan pada 31 Mei

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 19/04/2019
  • Komen
Selamat tinggal BBM, akan tamat perkhidmatan pada 31 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada yang tidak mengenali apakah itu BBM atau Blackberry Messenger. Sebelum WhatsApp menjadi pusat perhubungan rakyat di Malaysia, BBM terlebih dahulu adalah cara bermesej yang lebih mudah dan murah berbanding SMS.

Tetapi dek evolusi sistem permesejan yang seiring dengan kepantasan teknologi, BBM sedikit demi sedikit kehilangan pengguna dan kini, ia diumumkan akan ditamatkan perkhidmatan. Platform permesejan BBM akan ditutup sepenuhnya pada 31 Mei 2019.



https://twitter.com/BBM/status/1118854212362940416

Menurut Blackberry, industri teknologi sangat fleksibel dan kompleks. Walaupun pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk menjadikan BBM boleh digunakan oleh semua, banyak pengguna telah beralih ke platform permesejan lain dan agak sukar untuk mendapatkan pengguna baru mendaftar di platform BBM.

Satu perkara yang tidak dapat disangkal, BBM telah mencorak cara manusia bermesej dengan cepat dan mudah menggunakan internet. Pengguna telefon telah beralih dari SMS kepada BBM kerana ia terbukti menjimatkan kos, selain cara penggunaannya yang lebih dinamik berbanding SMS.



BBM bermula di BlackBerry OS, di mana ia hanya boleh digunakan di peranti BlackBerry sahaja. Sebelum kedatangan Android dan iOS, BlackBerry OS mendominasi dunia telefon pintar dengan peranti yang memiliki papan kekunci penuh fizikal.

Bagaimanapun, sepertimana Nokia yang kehilangan pegangan pasaran kerana mahu menggunakan Symbian OS mereka sebagai platform telefon pintar, BlackBerry turut berkeras untuk tetap dengan BlackBerry OS mereka. Apatah lagi, platform BBM tidak dibuka untuk digunakan di OS lain, terutama ketika penggunaan Android dan iOS kian meningkat.

Jualan peranti Blackberry kian merudum dan pengguna telah beralih ke Adndroid dan iOS. Disebabkan BBM tidak boleh digunakan di Android dan iOS, sedikit demi sedikit pengguna terpaksa menggunakan platform permesejan lain seperti WhatsApp, WeChat dan lain-lain.

Pada akhir tahun 2013, BlackBerry akhirnya melancarkan BBM di Android dan iOS. Seterusnya pada tahun 2015, BlackBerry melancarkan telefon pintar yang dikuasakan Android, BlackBerry PRIV.

Langkah BlackBerry membuka BBM ke platform OS lain dan mula menggunakan Android mungkin sudah terlambat. Pengguna telefon pintar sudah mula selesa dengan platform permesejan lain, terutamanya WhatsApp di Malaysia. Masih ada segelintir peminat tegar BlackBerry yang menggunakan BBM, tetapi mahu bermesej dengan orang lain menjadi sukar.

Akhirnya BlackBerry akur dengan kehendak pengguna. BBM makin diketepikan dan tidak lagi dapat menarik minat pengguna baru. Penggunaan BBM akan berakhir pada 31 Mei 2019. Selepas itu, BBM tidak lagi boleh digunakan.

Pelbagai fungsi di dalam BBM seperti stickers, BBMoji, Rewards dan Value akan turut tamat bersama BBM. Ini kerana ia adalah fungsi yang terhad digunakan di dalam BBM sahaja. Maklumat lanjut tentang pelbagai persoalan mengenai BBM boleh dirujuk di ruang Soalan Lazim BBM.

[Sumber: BlackBerry]

Tags: BBMBlackBerry
Najib

Najib

POPULAR

Selamat tinggal BBM, akan tamat perkhidmatan pada 31 Mei

Selamat tinggal BBM, akan tamat perkhidmatan pada 31 Mei

19 April 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN