fbpx

EMUI 9.1 akan tiba di 49 model telefon Huawei dan Honor

EMUI 9.1 adalah sistem operasi terbaru dihasilkan Huawei dan mula-mula diperkenalkan bersama siri Huawei P30. Ia mempamerkan kemaskini yang agak signifikan walaupun kenaikan hanya 0.1 sahaja.

Antara perkara baru di EMUI 9.1 ialah, ikon dan wallpaper diberi nafas baru, menerima inspirasi gabungan limpahan cat dan tenunan kain sutera.

Selain itu, EMUI 9.1 dilengkapi GPU Turbo 3.0 yang menyokong 25 tajuk permainan mudah alih. Ia bukan sahaja mempertingkatkan prestasi, tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 10%.

Bersama laptop Matebook yang serasi pula, peranti dengan EMUI 9.1 boleh menghantar fail sekelip mata menggunakan fungsi Huawei Share OneHop.

Sistem fail baru EROFS menggantikan F2FS di EMUI 9.1, menjadikan prestasi menulis 20% lebih pantas. Malah, ia juga lebih menjimatkan ruang.

EMUI 9.1 dibina berasaskan Android 9.0 Pie dan Huawei baru mengumumkan ia akan diterapkan kepada 49 model peranti menerusi laman weibo.

Senarai ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peranti yang sudah di peringkat Beta dan hampir dilepaskan, peranti di peringkat ujian dan peranti yang dirancang akan menerimanya. Senarai penuhnya seperti berikut:

Peranti di peringkat Beta

  • Huawei Mate 20
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20 X
  • Huawei Mate 20 RS Porsche Design

Peranti di peringkat ujian

  • Huawei Mate 20 Lite
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei Mate RS Porsche Design
  • Huawei Mate 9
  • Huawei Mate 9 Pro
  • Huawei Mate 9 Porsche Design
  • Huawei P20
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P10
  • Huawei P10 Plus
  • Huawei Nova 4
  • Huawei Nova 3
  • Huawei Nova 3i
  • Huawei Nova 2S
  • Honor Play
  • Honor 10
  • Honor Play 8A
  • Honor View 10
  • Honor View 10 Lite
  • Honor Note 10
  • Honor 9
  • Honor V9
  • Honor 8X
BACA  Caj pembaikan percuma di Huawei Service Day kini meliputi Sabah dan Sarawak

Peranti yang dirancang akan menerimanya

  • Huawei Nova 4e
  • Huawei Nova 3e
  • Huawei Enjoy 9 Plus
  • Huawei Enjoy 8 Plus
  • Huawei Enjoy Max
  • Huawei Enjoy 9S
  • Huawei Enjoy 7S
  • Huawei Enjoy 9e
  • Honor 9 Lite
  • Honor 8X Max
  • Honor 20i
  • Honor 9i
  • Honor 7X
  • Huawei MediaPad M5 10.1
  • Huawei MediaPad M5 8.4
  • Huawei MediaPad M5 8.0
  • Huawei MediaPad M5 Pro 10.8
  • Huawei MediaPad 5T 10.1

Huawei tidak menyatakan tarikh bila kemaskini ini akan tiba ke peranti yang disenaraikan. Harapnya Huawei akan memberi khabar tidak lama lagi berkenaan tarikh ia akan dilepaskan.

[Sumber: XDA-Developers]