• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perancang Perjalanan, Tempah Hotel & Beli Tiket Wayang boleh dibuat terus di aplikasi Grab

  • OLEH Najib
  • 3:01 pm
  • 25/04/2019
  • Komen
Perancang Perjalanan, Tempah Hotel & Beli Tiket Wayang boleh dibuat terus di aplikasi Grab
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Grab mahu menjadikan aplikasi mereka sebuah Super-App, bermakna banyak benda boleh dibuat di dalamnya. Hari ini, Grab mengumumkan perkhidmatan baru yang boleh digunakan di dalam aplikasi mereka iaitu Trip Planner, Hotel dan Ticket.

Tiga perkhidmatan baru ini menambah kepada perkhidmatan sedia ada di dalam Grab seperti e-hailing, penghantaran makanan, penghantaran barangan dan membeli tambah nilai prabayar.



Menggunakan mana-mana perkhidmatan di dalam Grab melayakkan pengguna menerima mata ganjaran GrabRewards sekaligus membolehkan ia ditebus untuk digunakan semula dalam perkhidmatan Grab. Penggunaan ini dimudahkan lagi dengan perkhidmatan e-Wallet Grabpay.

Trip Planner

Trip Planner atau perancang perjalanan adalah perkhidmatan yang membantu pengguna merancang perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain. Pengguna boleh melihat maklumat pengangkutan awam masa nyata dari hujung-ke-hujung terus di dalam aplikasi Grab.



Selepas memasukkan maklumat lokasi dan destinasi, pengguna akan dihidangkan dengan pilihan pengangkutan awam yang ada, bersama masa nyata ketibaan dan perlepasan. Pengguna juga akan diberi cadangan di luar pengangkutan awam seperti GrabCar yang menghubungkan destinasi pengguna dengan pengangkutan awam yang berdekatan.

Dengan perancang perjalanan di dalam aplikasi Grab ini, pengguna boleh merancang masa perjalanan dengan lebih efektif untuk menjimatkan masa dan wang. Pengguna aplikasi Grab boleh mula menggunakna Trip Planner seawal minggu ini

Hotel

Rakyat Malaysia gemar melancong di dalam dan luar negara. Negara kita menduduki tangga ke-enam dalam pasaran negara membangun berkenaan pelancongan. Kini, Grab menyediakan perkhidmatan menempah hotel terus di dalam aplikasi mereka.

Untuk ini, Grab bekerjasama dengan Agoda dan Booking.com untuk membuat tempahan hotel. Pengguna akan diberi akses kepada lebih 28 juta tempat tinggal dari hotel mewah ke hotel bajet, apartmen, rumah percutian serta hostel. Di peringkat awal ini, pengguna boleh membuat tempahan untuk lokasi di Asia Tenggara dahulu.

Pekhidmatan ini akan tersedia kepada semua pengguna dalam bulan Mei. Pengguna boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, dan pembayaran menggunakan Grabpay akan diterapkan tidak lama kemudian.

Buat masa ini, pengguna Grab di tahap Platinum, Gold dan Silver, boleh menebus baucer untuk mendapatkan diskaun sehingga RM30 menerusi Agoda, dengan tempahan minima RM300. Pengguna Platinum juga diberi akses ke program Genius Booking.com yang menyediakan diskaun 10% dan beberapa ganjaran lain.

Ticket

Perkhidmatan Ticket ini merujuk kepada pembelian tiket wayang di pawagam. Untuk perkhidmatan ini, Grab bekerjasama dengan platform BookMyShow bagi menyediakan cara membeli tiket wayang dengan mudah. Di masa akan datang, ia juga akan menjadi platform untuk membeli tiket ke acara lain.

Pengguna aplikasi Grab akan boleh membuat carian, membandingkan dan membeli tiket wayang di Malaysia, terus dari aplikasi Grab. Di peringkat awal, pengguna diberi pilihan untuk menempah tiket di MBO dan TGV. Lebih banyak pawagam akan ditambah di masa depan.

Untuk membeli tiket ini, pengguna boleh menggunakan sistem pembayaran GrabPay dan menerima mata ganjaran GrabRewards.

GrabPlatform

Penambahan pelbagai perkhidmatan baru di dalam aplikasi Grab ini ialah perkembangan selepas pelancaran GrabPlatform. Ia dilancarkan tahun lepas, menyediakan API untuk pelbagai pembanguna dan rakan niaga akses kepada pelbagai teknologi di dalam Grab seperti pengangkutan, pembayaran, logistik, permesejan,, data pengguna dan pelbagai maklumat.

Rakan niaga boleh mengintegrasi perkhidmatan Grab ke dalam platform mereka seperti sistem pembayaran GrabPay atau membuat tempahan pengangkutan. Mereka juga boleh menambah perkhidmatan ke dalam aplikasi Grab.

Tags: Grab
Najib

Najib

POPULAR

Perancang Perjalanan, Tempah Hotel & Beli Tiket Wayang boleh dibuat terus di aplikasi Grab

Perancang Perjalanan, Tempah Hotel & Beli Tiket Wayang boleh dibuat terus di aplikasi Grab

25 April 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER