fbpx

Suka Main Fortnite? Anda Mungkin Berasa Jijik Mengetahui Perkara Ini

Beberapa statistik menarik untuk permainan Fortnite:

  • 250 juta pemain setakat Mac 2019
  • Sebahagian besarnya bermain antara 6 hingga 10 jam sehari
  • Menyumbang perolehan sebanyak USD 1.2 billion buat Epic Games
  • Nilai syarikat Epic Games meningkat 187% antara Julai 2018 dan Oktober 2018 (3 bulan)

Ia jelas menunjukkan yang Fortnite adalah anak emas kepada Epic Games dan mereka sudah tentu sedaya upaya mengekalkan momentum ini, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pesaing yang semakin ramai dan salah satunya Apex Legends.

Ia menjadi semakin jelas jika anda tengok kemas kini permainan Fortnite yang diterbitkan pembangunnya berbanding pelopor kepada genre battle royale itu sendiri iaitu PUBG.

Kemas Kini Fornite Setakat 25 April 2019

Kemas Kini PUBG Setakat 25 April 2019

Secara purata, Fortnite menerbitkan satu kemas kini setiap 7.2 hari manakala PUBG 32.75 hari. Memanglah ia bagus untuk pemain, tapi pernahkah anda terfikir tentang manusia disebalik permainan itu?

Sisi Gelap Fortnite Yang Anda Perlu Tahu

Dalam beberapa siri temubual bersama kakitangan dan bekas kakitangan Epic Games, ada yang menyatakan mereka bekerja melebihi 70 jam seminggu dan ada segelintir sehingga 100 seminggu. Ia mencadangkan satu suasana kerja yang tak sihat dalam syarikat itu.

Memanglah mereka dibayar lebih untuk kerja lebih masa, tapi ada diantara mereka yang terpaksa bekerja lebih masa untuk tidak terlepas tarikh akhir yang ditetapkan. Jika ada yang enggan untuk bekerja lebih masa dek ingin imbangkan kerja dan hidup, mereka berisiko dipecat pula.

Ia umpama keluar mulut singa, masuk mulut buaya.

Tapi tidak semua yang menolak budaya ini. Ada juga yang tidak kisah, asalkan bonus akhir tahun mereka, tiga kali ganda daripada pendapatan bulanan. Biasanya golongan ini adalah dari penjawatan kontrak dan setelah terima bonus, mereka akan cabut.

BACA  100GB Video Walla percuma kembali diberikan kepada pengguna pascabayar Celcom

Untuk staf tetap, mereka terpaksa menandatangani kontrak yang mengehadkan perkongsian mereka tentang syarikat dengan orang luar.

Apa pendapat anda tentang situasi ini? Adakah ia mengubah persepsi anda terhadap Fortnite?

[Sumber: Polygon]