• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:36 pm
  • 29/04/2019
  • Komen
Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon ini datang dalam pakej yang berbeza daripada F11 Pro versi biasa. Bermula daripada kotak, sudah ada penjenamaan Avengers di sekeliling kotak.

Apabila anda beli barangan edisi terhad, sudah tentu ia didatangkan dengan sijil perakuan ketulenan. Ia hadir dalam bentuk syiling besi bersalut emas yang agak berat. Tidaklah diketahui sama ada ia daripada materi emas yang sebenar, tapi ia amat unik.



Sijil perakuan ketulenan
Syiling besi yang agak berat

Untuk mengwar-warkan lagi yang anda miliki OPPO F11 Avengers Edition, telefon anda didatangkan bersama casing khas bewarna biru Captain Amerika. Di belakang badannya ada gegelung untuk memasukkan jari untuk berikan lebih keselamatan.

Csaing belakang bewarna biru
Gelung untuk masukkan jari supaya lebih selamat dipegang

Selain casing, anda turut boleh menemaui pengecas VOOC yang mengepam masuk 20 Watt tenaga untuk mengecas telefon. Malangnya, ia masih menggunakan kabel mikro-USB yang pastinya menimbulkan tanda tanya pengguna.



Pengecas VOOC dengan kabel mikro-USB
Mujurlah headfon turut disertakan

Beralih kepada watak utama, OPPO F11 Pro Avengers Edition hadir dengan kemasan biru berkilau. Logo Avengers berwarna merah hati menghiasi penjuru kanan belakang telefon.

Kemasan unik dengan warna tema Captain America

Daripada sudut specs, ia miliki komponen yang kebanyakkannya sama dengan versi biasa kecuali pada bahagian storan. Anda beroleh storan setinggi 128GB sedangkan versi biasa hadir dengan 64GB sahaja.

Paparan 6.5″ FHD+ tanpa notch
Butang kuasa bewarna merah dan hijau

Untuk komponen lain, anda beroleh sebuah telefon yang dikuasakan CPU Helio P70 bersama-sama RAM 6GB. Mereka mengambil tenagan daripada sekeping bateri sebesar 4,000mAh yang boleh dicas pantas.

Kamera belakang 48MP + 5MP, kamera depan 16MP

Dibahagian muka, anda disajikan paparan tanpa takuk sebesar 6.5″ beresolusi HD+ Penuh. Untuk kamera belakang, anda boleh gunakan dwikamera 48MP + 5MP untuk mengambil gambar manakala kamera depan adalah daripada jenis menggelongsor dengan keupayaan sensor 16MP.

OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition dijual pada harga RM1,399 ataupun hanya RM100 lebih mahal daripada versi biasa. Ia sangat berbaloi jika dipertimbangkan kerana disamping beroleh barangan edisi terhad, anda dapat telefon berstoran sekali ganda lebih tinggi berbanding edisi biasa.

Untuk yang berminat, tempahan awal Oppo F11 Pro Marvel Avenger Edisi Terhad dibuka bermula hari ini sehingga 3 Mei 2019. Tempahan awal boleh dibuat di Stor Rasmi Oppo serta pengedar sah, dan juga dalam talian di Stor Online Oppo, Lazada dan Shopee. Orang ramai juga boleh mendapatkan telefon ini di Celcom.

Tags: oppooppo f11 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi

Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi

29 April 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER