• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoodKredit, pinjaman peribadi jangka pendek dengan mudah dan cepat di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 2:27 pm
  • 29/04/2019
  • Komen
GoodKredit, pinjaman peribadi jangka pendek dengan mudah dan cepat di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Ada masanya kita memerlukan wang dengan cepat, dalam jumlah yang tidak berapa besar. Pinjaman peribadi dengan bank juga mengambil sedikit masa. Untuk itu, aplikasi GoodKredit mahu memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan pinjaman mikro dengan cepat, terus dari telefon pintar.

Aplikasi mudah alih GoodKredit direka untuk membantu masyarakat Malaysia yang layak dengan penyelesaian pinjaman mikro jangka pendek. Ia menggunakan teknologi terkini dan algoritma pemarkahan kredit melalui peranti mudah alih.



GoodKredit Dilesenkan di bawah Kredit Komuniti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ditadbir di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Ia menawarkan pinjaman mikro antara RM 1,000 hingga RM 10,000 dengan tempoh bayaran balik selama enam, sembilan atau dua belas bulan.

Tiada cagaran atau penjamin diperlukan. Kadar faedahnya pula sebanyak 18% setahun, atau 1.5% sebulan.



Untuk memohon pinjaman melalui GoodKredit, pengguna perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi GoodKredit di Apple Appstore atau Google Playstore. Kemudian, lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan lampirkan bersama dokumen yang berkaitan menerusi applikasi tersebut.

Melalui teknologi yang dibina di dalam aplikasi, ia akan menyemak maklumat kewangan pengguna dengan kerjasama CTOS dan membuat keputusan meluluskan atau ditolak dalam masa 30 minit. Selaras dengan keperluan pematuhan yang ditetapkan oleh KPKT, pinjaman akan disalurkan oleh GoodKredit dalam tempoh satu hari bekerja.

Bayaran pinjaman boleh dibuat menerusi pemindahan wang di akaun bank ataupun platform JomPay. Buat waktu ini, hanya penduduk di Semenangjung Malaysia sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan ini. Ia selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

GoodKredit mensasarkan untuk mencapai sebanak RM2 juta pinjaman diluluskan menjelang hujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web GoodKredit serta laman Facebook GoodKredit Malaysia.

Tags: GoodKredit
Najib

Najib

POPULAR

GoodKredit, pinjaman peribadi jangka pendek dengan mudah dan cepat di telefon pintar

GoodKredit, pinjaman peribadi jangka pendek dengan mudah dan cepat di telefon pintar

29 April 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN