• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nasihat waktu perjalanan terbaik di bulan Ramadhan dari Waze

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 29/04/2019
  • Komen
Nasihat waktu perjalanan terbaik di bulan Ramadhan dari Waze
Share on FacebookShare on Twitter

Lagi seminggu ummat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Bulan yang mengajar erti kesabaran dan sedekah ini tidak hanya tertakluk kepada makan dan minum sahaja, tetapi ia termasuk kelakuan di sepanjang hari.

Bagi mereka yang bekerja, kesesakan trafik sudah dijangkakan dan ia pasti menguji kesabaran. Apatah lagi jika terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan kerana kesesakan luar biasa di bandar-bandar utama di Malaysia.



Sebaiknya, rancang perjalanan anda mengikut waktu yang sesuai. Untuk itu, Waze berkongsi beberapa tips perjalanan yang boleh digunakan semasa bulan Ramadhan nanti.

Pergi Kerja

Berdasarkan maklumat yang dikumpul Waze, trafik dijangka lebih sesak dari biasa terutama waktu pergi dan pulang dari pejabat. Waktu puncak untuk pergi ke pejabat ialah 8-11 pagi. Orang ramai digalakkan untuk keluar lebih awal sebaiknya selepas sahur sehinggalah sebelum pukul 8 pagi.



Restoran Makanan Segera

Berkunjung ke restoran makanan segera terutama yang menyediakan perkhidmatan 24 jam juga ada masa sesaknya. Untuk mengelakkan orang terlalu ramai, Waze mengesyorkan untuk berkunjung ke restoran makanan segera selepas pukul 9 malam. Lebih baik lagi sekitar 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Waktu paling sesak pula pada pukul 4 petang hingga 7 malam. Ini kerana ia adalah waktu mereka yang berpuasa membeli juadah untuk berbuka puasa.

Pusat membeli-belah

Pusat membeli-belah juga akan menyaksikan peningkatan trafik yang mendadak, ekoran orang ramai bersiap sedia menyambut hari raya. Ia akan penuh seperti biasa dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang. Lukul 5 hingga 6 petang pula adalah waktu puncak kerana orang ramai mula mencari tempat untuk berbuka puasa. Jika anda mahu jalan-jalan dan window shopping sahaja, waktu yang agak bertenang ialah selepas pukul 7 malam.

Keluar wang di bank

Tidak ketinggalan, bank adalah salah satu tempat kunjungan orang ramai. Terdapat beberapa fasa untuk kunjungan ke bank. Dari pukul 7-9 pagi, peningkatan secara beransur akan kelihatan di mesin ATM. Ia semakin meningkat apabila pintu bank dibuka pukul 9.30 pagi. Waktu puncak di bank ialah sekitar 12 tengahari hingga 3 petang. Jika anda merancang untuk mengeluarkan wang di ATM sahaja, digalakkan untuk pergi selepas pukul 4 petang dan ia semakin menyusut menjelang malam.

Isi Minyak Kereta

Untuk berjalan, kenderaan perlu diisi dengan minyak petrol. Ia juga perlu dirancang agar tidak tersekat dalam kesesakan. Masa paling baik ialah di awal pagi, sebelum pukul 8 pagi. Ia akan mula ramai dikunjungi pemandu dan mencecah waktu puncak sekitar pukul 3-6 petang kerana orang mula mahu pulang untuk berbuka puasa. Jika tidak, isi petrol waktu malam selepas pukul 7 petang kerana sudah ramai berada di rumah waktu ini.

Untuk mengetahui pergerakan trafik masa nyata, sertai komuniti waze dan bernavigasi bersama waze. Muat turun aplikasi Waze di Apple Appstore dan Google Playstore sekarang.

Tags: Ramadhanwaze
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Nasihat waktu perjalanan terbaik di bulan Ramadhan dari Waze

Nasihat waktu perjalanan terbaik di bulan Ramadhan dari Waze

29 April 2019
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER