• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DisplayMate julang Skrin OnePlus 7 Pro sehebat Galaxy S10 dan iPhone XS Max

  • OLEH Najib
  • 9:31 am
  • 30/04/2019
  • Komen
DisplayMate julang Skrin OnePlus 7 Pro sehebat Galaxy S10 dan iPhone XS Max
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ada 2 minggu lagi sebelum OnePlus 7 dilancarkan tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OnePlus, Pete Lau, sudah berkongsi beberapa perkara tentangnya. Antaranya, beliau menyatakan paparan OnePlus 7 Pro sangat lancar dan pantas, dan ia berharga tiga kali lebih mahal dari model sebelumnya.

Perkara ini nampaknya disokong oleh laman ujian paparan, DisplayMate. Mereka telah berkongsi di media sosial bahawa, paparan OLED OnePlus 7 Pro menerima gred A+ dala ujian paparan DisplayMate. Laporan penuh akan dipamerkan pada 14 Mei kelak.



DisplayMate's in-depth Lab Tests of the OnePlus 7 Pro OLED Display have just been completed, earning our Highest A+ Display Rating. Our in-depth Display Shoot-Out will be published here on May 14.

— DisplayMate Tech (@DisplayMate) April 29, 2019

Gred A+ meletakkan paparan OnePlus 7 Pro setaraf dengan Galaxy S10 dan juga iPhone XS Max. Kedua-dua telefon pintar ini turut diberikan gred A+ untuk paparan mereka oleh DisplayMate. Gred A+ menunjukkan paparan peranti tergolong dalam kategori Sangat Baik hingga Cemerlang.

Masih tiada maklumat tepat berkenaan paparan OnePlus 7 Pro ini tetapi khabar angin yang kuat bertiup menyatakan, skrin OLED di OnePlus 7 Pro memiliki kadar segar semula (refresh rate) setinggi 90Hz dengan resolusi QuadHD+. Saiznya seluas 6.64-inci, skrin paling besar pernah ada di peranti OnePlus.



Jika OnePlus benar-benar menerima gread tertinggi A+, bermakna ia perlu memiliki ciri-ciri lebih dari biasa. Antaranya tahap ketepatan warna yang tinggi dan juga sokongan HDR10+. Malah, ia juga mungkin memiliki tahap kecerahan tertinggi melebih 1,000nits.

Dengan pelbagai teknologi canggih yang akan diterapkan padanya, OnePlus 7 Pro akan menjadi telefon pintar paling premium keluaran mereka. Walaupun ia mungkin masih boleh membawa gelaran pembunuh flagship, tetapi ia bukan lagi kerana harga yang rendah. Sebaliknya ia akan menyaingi dengan teknologi tercanggih, prestasi tertinggi serta rekaan premium.

Ini bercerita tentang Pro. Bagaimana pula untuk model OnePlus 7 yang lain? Semuanya akan dibongkarkan pada majlis pelancaran OnePlus 7 yang akan diadakan di New York, pukul 11 pagi pada 14 Mei 2019.

[Sumber: Gambar, DisplayMate]

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
DisplayMate julang Skrin OnePlus 7 Pro sehebat Galaxy S10 dan iPhone XS Max

DisplayMate julang Skrin OnePlus 7 Pro sehebat Galaxy S10 dan iPhone XS Max

30 April 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER