• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Tonton Game Of Thrones pada bila-bila masa dimana jua, menerusi aplikasi HBO GO

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 12:59 pm
  • 02/05/2019
  • Komen
Tonton Game Of Thrones pada bila-bila masa dimana jua, menerusi aplikasi HBO GO
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 25 April yang lalu, HBO Asia mengumumkan servis penstriman video, HBO GO yang bakal dilancarkan pada sekitar bulan ini secara eksklusif menerusi Astro di Malaysia. Servis tersebut juga disediakan bersama pek Astro Movie, pelanggan boleh mengakses HBO GO menerusi Aplikasi HBO GO, Astro GO atau Astro Set Top Box.

HBO GO merupakan servis penstriman video yang membolehkan pelanggan mengakses semua kandungan HBO yang asal seperti drama bersiri, filem dan dokumentari dari Amerika Syarikat dan Asia, program kegemaran kanak-kanak sepanjang masa serta blockbusters Hollywood, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.



Pengguna juga berpeluang menonton drama siri terbaru menerusi HBO GO yang ditayangkan serentak di Amerika Syarikat dan pelanggan juga boleh mengakses kandungan tambahan seperti treler dan di belakang tabir.

Ciri-ciri HBO GO

HBO GO juga mempunyai ciri memuat turun, membolehkan pelanggan mempunyai fleksibiliti waktu untuk menonton program kegemaran HBO asal mereka dan filem, on-the-go, tanpa sambungan internet. HBO GO juga mempunyai ciri penstriman TV Live di mana Saluran HBO, akan menyediakan program secara langsung dan dalam simulcast dengan kualiti HD yang sebenar.



Selain itu, aplikasi tersebut juga mempunyai ciri pencarian kandungan yang lebih baik dengan ciri Watchlist di mana pengguna boleh membuat senarai tersendiri rancangan atau filem untuk ditonton mengikut masa lapang pengguna. Ciri Video Continuity juga merupakan salah satu ciri yang tersedia, di mana membolehkan pengguna untuk meneruskan tontonan mereka pada tempat mereka berhenti walaupun bertukar peranti yang berdaftar. Penggunan juga dapat menikmati sari kata pelbagai bahasa dan trek audio turut tersedia untuk siri dan filem yang terpilih.

Program akan datang

Ketibaan platform baru ini juga boleh dikatakan sebagai tepat pada masanya bagi penggemar GAME OF THRONES, dimana mereka dapat menstrim dan menonton episod dari musim terdahulu dan musim akhir yang ditayangkan serentak di Amerika Syarikat setiap Isnin pada pukul 9 pagi.

Manakala Kandungan HBO yang akan datang, juga turut ditayangkan secara serentak di Amerika Syarikat ialah CHERNOBYL (tayangan perdana pada 9 pagi, 7 Mei) dan BIG LITTLE LIES 2 (tayangan perdana pada 9 pagi, 10 Mei). Pelanggan juga akan dapat menonton siri lain seperti GENTLEMAN JACK dan THE HANDMAID’S TALE, ditayangkan secara eksklusif pada HBO GO.

Pengguna boleh dapati HBO GO

Aplikasi HBO GO boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play dan boleh digunakan pada mana-mana peranti mudah alih dan tablet yang menggunakan iOS dan Android. Pengguna juga boleh mengakses HBO GO menggunakan web melalui URL, https://www.hbogoasia.com/. HBO GO juga mempunyai fungsi Airplay dan Chromecast.

Tags: astroHBOHBO GO
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tonton Game Of Thrones pada bila-bila masa dimana jua, menerusi aplikasi HBO GO

Tonton Game Of Thrones pada bila-bila masa dimana jua, menerusi aplikasi HBO GO

2 May 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN