• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Caj buruh & pelindung skrin percuma untuk Honor 7X, Honor 8X & Honor 10 di Hari Servis Honor

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 02/05/2019
  • Komen
Caj buruh & pelindung skrin percuma untuk Honor 7X, Honor 8X & Honor 10 di Hari Servis Honor
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan Hari Servis Honor, yang akan diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pertama setiap bulan. Hari Servis Honor akan menyediakan beberapa perkhidmatan istimewa untuk pemilik telefon pintar Honor terpilih.

Hari Servis Honor yang pertama jatuh pada hari esok dan lusa, 3 & 4 Mei 2019. Sebanyak 3 produk Honor telah dipilih menerima beberapa keistimewaan sepanjang 2 hari ini. Model yang terlibat ialah honor 7C, Honor 8X dan Honor 10.



Pada dua hari ini, Honor akan menyediakan servis istimewa berupa pembersihan kuman pada peranti secara percuma, caj buruh percuma untuk penggantian bahan ganti bagi pembaikan peranti di luar jaminan, serta pemasangan pelindung skrin secara percuma.

Perlu diberi perhatian, hanya caj buruh yang percuma. Pengguna masih perlu membayar kos bahan ganti bagi pembaikan peranti di luar jaminan.



Perkhidmatan istimewa di Hari Servis Honor ini hanya boleh didapati di pusat servis sah yang terpilih sahaja. Senarai pusat servis tersebut boleh dirujuk di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Honor Malaysia atau hubungi talian servis Honor di nombor 1-800-22-0086.

Tags: Hari Servishonor
Najib

Najib

POPULAR

Caj buruh & pelindung skrin percuma untuk Honor 7X, Honor 8X & Honor 10 di Hari Servis Honor

Caj buruh & pelindung skrin percuma untuk Honor 7X, Honor 8X & Honor 10 di Hari Servis Honor

2 May 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN