• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#KhabarBaik Rebat 1 bulan percuma untuk pelanggan baru Unifi Fibre Broadband

  • OLEH Najib
  • 5:53 pm
  • 02/05/2019
  • Komen
#KhabarBaik Rebat 1 bulan percuma untuk pelanggan baru Unifi Fibre Broadband
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi jalur lebar tetap di rumah, Telekom Malaysia mengumumkan #khabarbaik berupa rebat satu bulan percuma untuk pelanggan baru. Tawaran ini memberikan rebat sehingga RM199, bergantung kepada pelan yang dilanggan.

Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan baru, yang mendaftar pelan Unifi Home Broadband dari 2 Mei sehingga 2 Julai 2019. Bagaimanapun, ia hanya diberikan untuk pendaftaran yang dibuat melalui laman web Unifi sahaja. Pendaftaran di lokasi lain seperti TMpoint dan pengedar sah TM yang lain, tidak layak menerima tawaran ini.



Menurut soalan lazim, pemasangan Unifi perlu dibuat dalam masa 21 hari dari tarikh 2 Julai 2019 untuk menikmati rebat ini.

Semasa mendaftar di laman web Unifi, tiada wang pendahuluan diperlukan tetapi pengguna akan dicaj RM1 untuk pengesahan. Untuk pengguna yang bukan warganegara Malaysia, mereka perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM500.



Rebat 1-bulan ini hanyalah untuk langganan pelan, tidak termasuk sebarang add-on. Contohnya, jika melanggan pelan 100Mbps RM129, maka rebat yang diberikan ialah RM129 dan akan dicetak ke dalam bil bulanan yang pertama.

Buat masa ini, TM menawarkan empat pelan jalur lebar tetap Unifi kepada pengguna di rumah. Pelan terendah merupakan pelan 30Mbps dengan kuota 60GB berharga RM79/bulan. Ia diikuti dengan pelan 100vbps tanpa had kuota bernilai RM129/bulan dan pelan 100Mbps bersama Unifi TV STB berharga RM159/bulan. Pelan terbaru dan paling pantas, 300Mbps pula dikenakan caj RM199/bulan dan kini ditawarkan bersama 100 kandungan VOD percuma.

Untuk maklumat lanjut mengeani pelan jalur lebar tetap Unifi dan promosi yang dijalankan, boleh melayari laman web Unifi. Baca juga ruangan Soalan Lazim untuk pelbagai persoalan lain.

Tags: Telekom MalaysiaTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

#KhabarBaik Rebat 1 bulan percuma untuk pelanggan baru Unifi Fibre Broadband

#KhabarBaik Rebat 1 bulan percuma untuk pelanggan baru Unifi Fibre Broadband

2 May 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN