• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Buka Kotak: Samsung Galaxy A70, Telefon Dengan Satu Kekurangan Ketara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:47 am
  • 03/05/2019
  • Komen
Buka Kotak: Samsung Galaxy A70, Telefon Dengan Satu Kekurangan Ketara
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy A70 adalah salah satu ahli dalam keluarga 7 model Galaxy A yang diumumkan Samsung untuk tahun 2019 ini. Ia selepas Samsung menjenamakan semula siri J mereka untuk disekalikan dengan siri A.

Siri Samsung Galaxy J Dilakurkan Bersama Galaxy A

Ini adalah pengalaman buka kotak kami untuk Samsung Galaxy A70.



Terima kasih kepada rakan kami di Mobile2Go kerana meminjamkan kami satu set Galaxy A70. Ini adalah set Malaysia dan jika anda beli seunit model ini daripada mereka, anda akan terima hadiah berupa:

  • kad mikro-SD 128GB
  • pengecas Samsung 15W
  • kabel USB-A ke USB-C

Di dalam kotak, selain telefon itu sendiri, anda akan dapati yang blok pengecasnya adalah lain dari lain. Tentunya anda tak menyangka telefon midrange akan terima aksesori ini.



Blok pengecas 20W Galaxy A70 ini adalah daripada jenis USB-C. Jadi terus dari kotak, anda terima kabel USB-C ke USB-C yang menjadikan kabel pengecas telefon ini unik. Tentunya anda takkan tertukar kabel lagi dengan kawan-kawan di pejabat kelak.

Kemudian anda turut terima seunit headfon bersama-sama casing transparent getah.

Balik kepada telefon ini, kualiti binaannya adalah plastik sepenuhnya. Tapi kemasan belakang telefon ini unik apabila anda akan nampak pola pantulan cahaya pelangi yang cantik.

Badan belakangnya melengkung di sisi kiri dan kanan membuatkan rasa selesa semasa memegangnya.

Bercerita tentang specs telefon ini, Galaxy A70 diperkasa SoC Snapdragon 675. Ia adalah SoC baru yang diperkenal Qualcomm bersama-sama Snapdragon 730 yang memperkasakan A80. Untuk pasaran kita, hanya ada satu varian dibawa masuk iaitu yang miliki RAM 8GB dan storan 128GB.

Spesifikasi Galaxy A70

[table “178” not found /]

Malangnya, sungguhpun telefon ini menyokong Samsung Pay, model yang dibawa masuk tidak pula menyokong servis itu. Ia adalah satu-satunya ciri yang menjarakkan Galaxy A dengan pesaingnya.

Sekiranya anda perlukan dua slot SIM, telefon ini memenuhi keperluan anda malah, ia ada slot sendiri untuk memuatkan kad mikro-SD.

Menjengah bahagian muka telefon, anda akan menemui paparan 6.7″ Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+ disebalik paparannya ada pengimbas cap jari untuk nyahkunci biometrik beserta sokongan Face Unlock.

Telefon ini tiada mekanisme kamera berputar macam A80, tapi untuk kamera depan, ia ditempatkan dalam notch berbentuk titisan air yang miliki sensor 32MP.

Bahagian belakang pula hanya ada modul trikamera bersama lampu LED di sudut kiri teleon. Spesifikasi kamera belakang Galaxy A70 adalah seperti berikut:

  • Kamera 1 32MP F1.7
  • Kamera 2 8MP F2.2 (FOV lebar)
  • Kamera 3 5MP F2.2 (bokeh)

Bagusnya telefon ini adalah ia hadir dengan bateri superbesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Ia setanding dengan VOOC 3.0 yang mengisi bateri 4,000mAh dari 0 ke 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Jika tak kerana harganya, telefon ini hampir memenuhi semua permintaan saya pada sebuah telefon ideal. Telefon ini di Malaysia miliki tanda harga RM1,999.

Pada harga sedemikian, saya boleh lihat pada Xiaomi Mi 9, Huawei Nova 4, Huawei Mate 20, ataupun HONOR View20 yang semuanya miliki specs lebih tinggi berbanding Galaxy A70. Kalaulah Samsung membawa masuk model yang menyokong Samsung Pay, sudah tentu lain pula ceritanya.

Apa pendapat anda tentang Samsung Galaxy A70? Adakah harganya kena dengan specs ataupun anda ada cadangan yang lebih berbaloi?

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy Asamsung galaxy a70
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Buka Kotak: Samsung Galaxy A70, Telefon Dengan Satu Kekurangan Ketara

Buka Kotak: Samsung Galaxy A70, Telefon Dengan Satu Kekurangan Ketara

3 May 2019
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER