• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Kit Ramadan 2019 Untuk Telefon Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:14 pm
  • 03/05/2019
  • Komen
Kit Ramadan 2018 Untuk Telefon Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Ramadan akan menjelang pada hari esok dan pastinya anda semua ingin bersedia menjalani bulan mulia itu,. Selain badan, anda turut boleh memperlengkap telafon anda dengan beberapa APP yang boleh membantu anda untuk sebulan yang akan datang.

Ini adalah tips dan tricks untuk telefon anda sepanjang Ramadan 2019.



Tadarus

Dalam bulan Ramadan, kita digalakkan untuk bertadarus. Kalau anda tidak mahu membawa al-quran kehulu kehilir takut-takut ia rosak, anda boleh membawa al-quran versi digital dalam telefon anda. Salah satu APP yang ingin kami cadangkan adalah Bayan Quran.


Ia adalah satu aplikasi percuma yang bebas iklan. Oleh sebab ia mengikut mushaf uthmani, anda pastinya biasa dengan jenis tulisan dan tanda barisnya.Antara kelebihan Bayan Quran yang ingin saya gariskan adalah:



  • Bookmark anda di-sync-kan ke semua peranti selagi anda melog masuk menggunakan akaun yang sama.
  • Audio bacaan dari 28 qari berbeza dan boleh dimuat turun untuk didengari apabila diluar talian.
  • Antaramuka (UI) yang mesra dan reponsif.
  • Terjemahan dan cara bacaan fonetik untuk membantu memahami dan membaca sesuatu ayat.
  • UI ada dalam Bahasa Melayu

Muat turun Bayan Quran untuk Android dan iOS.

Tarawih

Berbuka puasa dan bertarawikh adalah saat yang paling menggembirakan setelah seharian berpuasa. Tapi, untuk yang tinggal di kota-kota besar, sering kali mereka berada dalam situasi berada dalam kesesakan jalan raya akibat ramainya orang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah untuk beriftar.

Gambar hiasan [sumber]

Solusinya adalah berbuka dalam kereta. Tapi, kalau anda tinggal berseorangan, sila ambil kesempatan untuk berbuka dengan saudara anda yang lain di masjid dan surau berhampiran.

Saban tahun, slot-slot tajaan berbuka semestinya penuh dan makanan pastinya tak putus-putus. Tak kira anda berada di mana, anda masih boleh mencari masjid berhampiran untuk beriftar dan seterusnya bertarawikh menggunakan APP myJakim.

myJakim adalah satu APP pelbagai guna yang dihaasilkan oleh Jabatan Kemasjuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diperoleh daripada APP itu tetapi ada satu yang unik padanya iaitu fungsi mencari surau atau masjid berhampiran.

Ribuan tempat ibadat muslim ada dalam pengkalan data APP itu dan lokasinya turut ditandakan mengugnakan Google Map untuk memudahkan anda mencari.

Muat turun myJakim di Android dan iOS.

Sahur/Iftar

Waktu Imsyak dan Sahur boleh disemak melalui beberapa saluran. Yang paling tepat adalah di e-solat kerana maklumat waktu solat disini dicerap oleh pihak berautoriti iaitu Jakim. Jika anda ingin memasukkan widget pada laman pemuka telefon, APP Waktu Solat Malaysia boleh digunakan kerana data waktu solat APP ini disumberluarkan daripada laman e-solat.

Terdapat juga ciri mencari arah kiblat dalam APP Waktu Solat Malaysia bersama-sama beberapa maklumat penting yang boleh dijadikan rujukan.

Sekiranya anda tidak mahu berbuka di masjid dan surau sebaliknya lebih selesa untuk masak, terdapat ribuan website yang mengandungi idea-idea yang boleh diambil seperti resepi dan lokasi makan menarik. Untuk tujuan itu, anda boleh ke:

  1. Buzzfeed Tasty
  2. myResepi
Gambar hiasan [sumber]

Simpan juga nombor telefon kecemasan ini kalau-kalau anda memerlukannya.

  1. McD 1300-13-1300
  2. KFC 1300-222-888
  3. Dominos 1300-888-333
  4. Pizza Hut 1300-88-2525
  5. Nandos 1300-88-555
  6. Burger King 1800-30-5555

Kalau malas nak bercakap dengan operator telefon, pesan saja secara dalam talian ataupun guna perkhidmatan penghantaran makanan seperti:

  1. foodpanda
  2. GrabFood

Buat yang susah bersahur, anda mungkin memerlukan APP tambahan untuk mengejutkan anda kerana pengera biasa amat mudah untuk dimatikan tetapi bukan Alarmy.

Alarmy adalah APP pengera yang pernah mendpat anugerah pengera paling menjengkelkan di dunia. Mematikan pengera pada APP ini bukanlah seperti yang disangka. Anda perlu melakukan siri tugasan khas semata-mata untuk memberhentikan bunyi bising pengera. Akibatnya, anda terus hilang mamai dan bersedia untuk bersahur.

Muat turn Alarmy di Android dan iOS.

Tags: ramadanramadan 2019
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kit Ramadan 2018 Untuk Telefon Anda

Kit Ramadan 2019 Untuk Telefon Anda

3 May 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER