• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Android Q Beta 3 sedia dipasang di 21 model telefon pintar dari 13 pengeluar

  • OLEH Najib
  • 1:39 pm
  • 09/05/2019
  • Komen
Android Q Beta 3 sedia dipasang di 21 model telefon pintar dari 13 pengeluar
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pembentangan Google I/O 2019, salah satu perkara penting yang diumumkan ialah Android Q. Ia kini memasuki peringkat Beta ke-3, semakin menghampiri fasa akhir untuk digunakan sepenuhnya.

Perkara yang menarik minat ramai berkenaan pengumuman ini ialah, Android Q Beta 3 kini boleh digunakan di 21 model telefon pintar, dari 13 pengeluar. Ini peningkatan berbanding tahun lepas untuk Android P beta yang boleh digunakan di 8 model dari 7 pengeluar.



Jika telefon anda termasuk dalam senarai tersebut, anda boleh memuat turun Android Q Beta 3 dan memasangnya di telefon anda. Tetapi jaga-jaga, ia masih dalam versi Beta bermakna ada banyak pepijat dan masalah yang belum diselesaikan. Edisi Beta ini dikeluarkan untuk kegunaan pembangun, tetapi ia memberi peluang kepada pengguna biasa mencuba Android Q lebih awal.

Senarai penuh peranti yang sedia menggunakan Android Q Beta 3 adalah seperti berikut:



  1. Asus ZenFone 5Z
  2. Essential Phone
  3. Huawei Mate 20 Pro
  4. LG G8
  5. Nokia 8.1
  6. OnePlus 6T
  7. Oppo Reno
  8. Realme 3 Pro
  9. Sony Xperia XZ3
  10. Tecno Spark 3 Pro
  11. Vivo X27
  12. Vivo Nex S
  13. Vivo Nex A
  14. Xiaomi Mi 9
  15. Xiaomi Mi Mix 3 5G
  16. Google Pixel 3
  17. Google Pixel 3 XL
  18. Google Pixel 2
  19. Google Pixel 2 XL
  20. Google Pixel
  21. Google Pixel XL

Klik nama model untuk mendapatkan langkah-langkah pemasangan. Ingat, pemasangan Android Q Beta ini adalah atas risiko anda sendiri. Sebarang masalah yang timbul tidak dijamin oleh Google dan pengeluar telefon pintar anda.

Menurut Google, mereka akan mengeluarkan 6 peringkat Beta sebelum mencapai versi akhir, dijangka akan tersedia sekitar suku ketiga tahun 2019.

[Sumber: TrustedReviews]

Tags: android qGoogle
Najib

Najib

POPULAR

Android Q Beta 3 sedia dipasang di 21 model telefon pintar dari 13 pengeluar

Android Q Beta 3 sedia dipasang di 21 model telefon pintar dari 13 pengeluar

9 May 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN