• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pembersih vakum ini miliki paparan LCD sebab ianya terlalu canggih

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 4:44 pm
  • 10/05/2019
  • Komen
Pembersih vakum ini miliki paparan LCD sebab ianya terlalu canggih
Share on FacebookShare on Twitter

Dyson meneruskan usaha memperkaya penawaran produk kelengkapan rumah, mereka dengan melancarkan pembersih vakum tanpa wayar, iaitu Dyson V11 Absolute+ yang terkini.

Apa yang menariknya dengan Dyson V11 Absolute+? Vakum tanpa wayar ini merupakan vakum keluaran yang terbaru dan yang dinaik taraf dari model keluaran tahun lepas, V10.



Perubahan terbesar yang berlaku pada V11 berbanding V10 adalah penambahan skrin LCD, yang menghadap anda ketika menggunakannya bagi membantu anda melihat apa yang sedang terjadi.

Dengan penambahan skrin pada vakum terbaru dari Dyson ini, ia memberikan anda petunjuk mod apa yang anda gunakan. Paparan LCD tersebut juga membolehkan anda melihat jumlah tenaga yang digunakan supaya anda dapat menganggarkan masa penggunaan sebelum perlu dicas semula.



Apabila vakum tidak digunakan, paparan tersebut akan menunjukkan berapa peratus bateri telah dicas, berapa peratus bateri yang ada, dan juga boleh memberi amaran jika saluran pembersih tersumbat atau penapis perlu ditukar.

Selain dari itu, perubahan ketara yang lain adalah bateri pada vakum V11 kini lebih besar.

Dari segi rekaannya pula, ianya tidak mengalami perubahan yang ketara daripada V10. V11 mempunyai motor dan tempat pengumpulan habuk pada pemegang yang serupa dengan pistol ray dari filem fiksyen sains.

Lengkap dengan pencetus kuasa yang mudah digunakan untuk menghidup dan mematikan, kotoran akan disedut melalui batang pembersih dan terus ke dalam tempat pengumpulan habuk.

Dyson V11 Absolute+ ini hadir dengan tiga pilihan warna. Harganya
RM 3,699 dan boleh didapati secara eksklusif di Dyson Demo, The Gardens Mall & Gurney Plaza juga boleh didapati secara online di http://shop.dyson.my/ .

Untuk maklumat lanjut mengenai vakum Dyson V11 Absolute+ ini, boleh layari laman sesawang rasmi Dyson.

Tags: DysonDyson V11 Absolute+
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pembersih vakum ini miliki paparan LCD sebab ianya terlalu canggih

Pembersih vakum ini miliki paparan LCD sebab ianya terlalu canggih

10 May 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN