• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pek prabayar baru Xpax bagi 10GB Facebook, Instagram & Games Walla percuma

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 10/05/2019
  • Komen
Pek prabayar baru Xpax bagi 10GB Facebook, Instagram & Games Walla percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Serentak dengan pengenalan Ultra Hour Pass hari ini, Celcom turut mengumumkan pek prabayar Celcom Xpax baru yang memberikan data percuma. Sebelum ini pengguna Xpax perlu memilih salah satu internet percuma, kini ia diberikan sekaligus tanpa perlu lagi memilih.

Orang ramai boleh mendapatkan pek prabyar baru Celcom Xpax bermula hari ini, dari mana-mana pengedar sah Xpax. Ia berharga RM10 dan datang siap dengan kredit RM6. Kadar panggilan ialah 30sen/minit dan SMS pula 15sen setiap satu.



Kini, pek prabayar baru Celcom Xpax datang bersama 10GB data percuma untuk kegunaan Facebook, Instagram dan Games Walla. Games Walla ialah pek terbaru dari Xpax, menawarkan penggunaan data khusus untuk games terpilih. Buat masa ini, terdapat tiga games di dalam Games Walla iaitu Arena of Valor, Free Fire dan VainGlory.

Selain itu, pengguna juga menerima internet asas sebanyak 1GB setiap bulan. 10GB data percuma dan 1GB internet asas percuma ini boleh dinikmati selagi mana talian pengguna masih aktif. Tak beli pelan internet pun tak apa, asalkan talian kekal aktif.



Bersama pengenalan pek prabayar baru ini, Celcom turut membuat kemaskini untuk pelan harian, mingguan dan bulanan. Ia kini dikenali sebagai pelan Ultra Pass dan kini datang dengan beberapa tambahan percuma.

Semua pelan Ultra Pass kini menerima YouTube burung hantu percuma tanpa had, dari pukul 1am hingga 7am. Selain itu, pelan mingguan dan bulanan, akan turut menerima akses VIP iflix. Ini membolehkan mereka menonton pelbagai kandungan premium iflix.

Pengguna sedia ada Xpax, boleh berpindah ke pek prabayar baru Celcom Xpax melalui aplikasi Celcom Life, atau dengan menghantar SMS MIG XPAX ke 28882. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Xpax.

Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Pek prabayar baru Xpax bagi 10GB Facebook, Instagram & Games Walla percuma

Pek prabayar baru Xpax bagi 10GB Facebook, Instagram & Games Walla percuma

10 May 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN