• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan

  • OLEH Najib
  • 10:13 am
  • 13/05/2019
  • Komen
Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan
Share on FacebookShare on Twitter

Meneruskan perancangan untuk mengukuhkan keseluruhan pasukan operasi pengurusan dan korporat, Celcom Axiata Bhd (Celcom) mengumumkan pelantikan tiga jawatan kanan di dalam syarikat. Ia selari dengan strategi syarikat untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan dan mengukuhkan pertumbuhan syarikat dalam memacu transformasi telekomunikasi untuk menjadi organisasi digital utama.

Shanti Jusnita dilantik sebagai Ketua Khidmat Pelanggan dan Pegawai Pengalaman, berkuatkuasa 8 April 2019. Shanti memiliki pengalaman luas selama 21 tahun dalam bidang telekomunikasi.



Shanti Jusnita

Beliau sebelum ini bertugas di Maxis Berhad sebagai Ketua Teras Convergence. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Naib Presiden Strategi Pemasaran. Pada tahun 2011, beliau bersama Telekom Malaysia memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden Eksekutif SME, Pengurus Besar Strategi Pemasaran, pejabat COO serta Jualan Korporat dan Multinasional.

Shanti merupakan pemegang ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Vanderbilt, USA dan MBA dari Universiti Teknologi Malaysia.



Azlan Zainal Abidin pula, dilantik sebagai Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, berkuatkuasa 27 Mei 2019. Azlan membawa bersamanya 23 tahun pengalaman pengurusan dan operasi perniagaan, perunding sistem, strategi IT dan penyelesaian, di syarikat peneraju dalam dan luar negara.

Azlan Zainal Abidin

Sebelum ini, beliau memegang jawatan Pengurus Negara untuk Perkhidmatan Perniagaan Global, IBM Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Acccenture Malaysia sebelum menyertai IBM, serta pernah bersama Malaysian Airports Berhad sebagai Ketua Kumpulan Teknologi. Dari tahun 2008 hingga 2012, Azlan merupakan Naib Presiden Transformasi IT Celcom.

Azlan memegang ijazah MBA dari Imperial College London, UK dan ijazah sarjana muda Perdagangan, Sistem Maklumat & Pengurusan Perakaunan dari Universiti Virginia, USA.

Bagi Khazalin Ghuzal, Beliau ialah ketua Perniagaan di Rumah Celcom berkuatkuasa 13 Mei 2019. Sebelum ini, beliau bersama Astro memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Ketua Pegawai Operasi untuk perniagaan Pay-TV dan paling terkini, sebagai Pengarah NJOI, bertanggungjawab untuk memacu pengembangan pasaran dan peningkatan keuntungan.

Khazalin Ghuzal

Beliau menyelia pengurusan pelanggan dan produk, segmen upsell dan pengalaman pelanggan. Sebelum menyertai Astro, Khazalin memiliki lebih dari 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kewangan dalam bidang perbankan runcit. Khazalin memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, jurusan Perakaunan dari Universiti Wollongong, Australia.

Mengenai pelantikan tiga pegawai ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Idham Nawawi berkata, Celcom kini telah memasuki era pertumbuhan baru dalam perniagaan, di mana Celcom perlu mengukuhkan pihak pengurusan dengan menggabungkan bakat tempatan dan global yang akan memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan Celcom seluruhnya. Terutamanya dengan pertumbuhan yang penting dalam perniagaan di rumah dan pasaran perusahaan, sambil mengekalkan tumpuan terhadap komitmen kami dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Idham Nawawi

Tahun 2019 merupakan permulaan baru untuk Celcom dan pengumuman ini memperlihatkan azam berterusan Celcom untuk menjadi syarikat berprestasi tinggi sambil mengekalkan keperluan pengguna dekat di hati.

Lantikan ini ialah satu dari pelbagai lagi langkah akan datang, di mana Celcom percaya bakat dalam dan luar menjadi kunci utama dalam kejayaan syarikat, dalam masa terdekat. Celcom akan terus mendapatkan bakat global terbaik untuk melengkapkan kepelbagaian pasukan kami dengan set minda serba baru, untuk menerajui perjalanan Celcom ke arah peneraju digital yang lebih besar, ulas Idham.

Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan

Celcom melantik tiga muka baru di posisi kanan pengurusan

13 May 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER