• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Pasang Android Q Di ZenFone 5Z Anda Dengan Tutorial Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:00 am
  • 14/05/2019
  • Komen
Pasang Android Q Di ZenFone 5Z Anda Dengan Tutorial Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telahpun melancarkan program percubaan beta Android Q mereka untuk flagship terbaru mereka, ZenFone 5Z. Mereka kini menjemput pengguna peranti itu untuk menyertai program itu sambil memberikan maklum balas tentang penambahbaikkan yang boleh dibuat pada sistem operasi ini.

Tiada pendaftaran mahupun barisan untuk anda menyertainya. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah pemasangan yang ringkas.



Antara fungsi baru yang akan anda temui pada Android Q adalah seperti:

  • Dark Mode: Anda boleh gelapkan telefon dengan mencari Dark Theme di ruangan Setting ataupun ketika anda mengaktifkan fungsi Battery Saver
  • Suggested Actions: Sistem operasi akan mencadangkan tindakan selanjutkan notifikasi yang muncul di paparan
  • Prioritized Notification: Anda boleh menetapkan tahap kepentingan notifikasi sama ada ia boleh memintas tetapan untuk mengeluarkan bunyi ataupun tidak.

Disebabkan sistem operasi ini masih dalam fasa beta, anda perlu dimaklumkan tentang beberapa bug yang sudahpun dikenal pasti antaranya adalah:



  • kad SD dalam format exFAT tidak disokong
  • tiada bunyi beep apabila butang suara ditekan

Berkemungkinan besar anda akan temui beberapa lagi bug yang lain dan tugas anda adalah untuk melaporkan pada Asus agar mereka boleh menampalnya.

Sebelum meneruskan dengan pemasangan, anda dinasihatkan untuk membuat salinan kepada data-data penting yang ada dalam telefon kerana pemasangan ini mungkin akan memadamkan data. Kemudian, sila pastikan bateri telefon ada sekurang-kurangnya 20% kerana anda tak mahu telefon mati dipertengahan jalan.

Sekiranya anda sudah bersedia untuk memasang Android Q di telefon anda, sila ke muka yang seterusnya.

Muka Seterusnya

[nextpage title=”Langkah pasang Android Q di ZenFone 5Z”]

Langkah 1

Muat turun fail pemasangan ini di komputer dan decompress-kannya.

Langkah 2

Matikan telefon.

Langkah 3

Hidupkan telefon dalam mode Fastboot dengan cara tekan butang volume up + power sehingga telefon menyala, kemudian sambungkan telefon ke komputer .

Langkah 4

Lancarkan update_image.bat daripada fail pemasangan yang anda muat turun tadi.

Langkah 5

Satu tetingkap CMD akan di-pop-up, tunggu hingga selesai dan setelah itu, tekan apa-apa kekunci pada komputer untuk restart telefon. Telefon sepatutnya akan di-boot dalam sistem operasi Android 10 Q

Tak gemarkan Android Q dan kembali ke sistem operasi lama?

Untuk berbuat demikian, langkah yang sama seperti anda lalui semasa memasang Android Q digunakan. Tapi gunakan fail pemasangan ini.

Tags: androidandroid 10 qasusASUS ZenFoneasus zenfone 5ASUS ZenFone 5z
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pasang Android Q Di ZenFone 5Z Anda Dengan Tutorial Ini

Pasang Android Q Di ZenFone 5Z Anda Dengan Tutorial Ini

14 May 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN