Pasang Android Q Di ZenFone 5Z Anda Dengan Tutorial Ini

Intro

Asus telahpun melancarkan program percubaan beta Android Q mereka untuk flagship terbaru mereka, ZenFone 5Z. Mereka kini menjemput pengguna peranti itu untuk menyertai program itu sambil memberikan maklum balas tentang penambahbaikkan yang boleh dibuat pada sistem operasi ini.

Tiada pendaftaran mahupun barisan untuk anda menyertainya. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah pemasangan yang ringkas.

Antara fungsi baru yang akan anda temui pada Android Q adalah seperti:

  • Dark Mode: Anda boleh gelapkan telefon dengan mencari Dark Theme di ruangan Setting ataupun ketika anda mengaktifkan fungsi Battery Saver
  • Suggested Actions: Sistem operasi akan mencadangkan tindakan selanjutkan notifikasi yang muncul di paparan
  • Prioritized Notification: Anda boleh menetapkan tahap kepentingan notifikasi sama ada ia boleh memintas tetapan untuk mengeluarkan bunyi ataupun tidak.

Disebabkan sistem operasi ini masih dalam fasa beta, anda perlu dimaklumkan tentang beberapa bug yang sudahpun dikenal pasti antaranya adalah:

  • kad SD dalam format exFAT tidak disokong
  • tiada bunyi beep apabila butang suara ditekan

Berkemungkinan besar anda akan temui beberapa lagi bug yang lain dan tugas anda adalah untuk melaporkan pada Asus agar mereka boleh menampalnya.

Sebelum meneruskan dengan pemasangan, anda dinasihatkan untuk membuat salinan kepada data-data penting yang ada dalam telefon kerana pemasangan ini mungkin akan memadamkan data. Kemudian, sila pastikan bateri telefon ada sekurang-kurangnya 20% kerana anda tak mahu telefon mati dipertengahan jalan.

Sekiranya anda sudah bersedia untuk memasang Android Q di telefon anda, sila ke muka yang seterusnya.

Muka Seterusnya

Contents

BACA  Telefon gaming ASUS ROG Phone akan dipotong RM1000