• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S10+ 1TB boleh dibeli RM2000 lebih murah dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 2:02 pm
  • 14/05/2019
  • Komen
Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan April lepas, Samsung Malaysia mula menjual telefon pintar dengan storan terbesar di dunia, Galaxy S10+ 1TB. Harga pengenalannya pada waktu mula dijual ialah RM5,999 dan ia datang percuma dengan telefon pintar Galaxy A9.

Kini selepas hampir sebulan setengah, Harvey Norman mula menawarkan telefon pintar hebat ini dengan diskaun RM2,000 bersempena promosi Hari Raya. Bermakna, ia boleh dibeli pada harga RM3,999 sahaja. Harvey Norman turut menawarkan peranti ini menerusi ansuran bulanan tanpa faedah selama 12 bulan, dengan kadar RM333.25 sebulan. Tetapi tiada hadiah percuma Galaxy A9 disertakan.



Kepada yang berminat, anda boleh segera mendapatkannya dengan melawat cawangan Harvey Norman berhampiran, atau di laman web Harvey Norman. Galaxy S10+ 1TB boleh dimiliki dalam kemasan Ceramic Black atau Ceramic White.

Agak pelik kerana Harvey Norman masih menjual Galaxy S10+ 512GB pada harga asal RM4,599. Sudah pasti tawaran untuk 1TB ini jauh lebih menarik. Untuk rujukan, harga rasmi semua Galaxy S10 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Samsung Galaxy S10e (6GB+128GB) — RM2,699
  • Samsung Galaxy S10 (8GB+128GB) — RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB+128GB) — RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB+512GB) — RM4,599
  • Samsung Galaxy S10+ (12GB+1TB) — RM5,999

Galaxy S10+ ialah telefon pintar terbaik Samsung masa kini. Ia menampilkan skrin berlubang Infinity-O berukuran 6.4-inci QuadHD+, menggunakan paparan Dynamic AMOLED. Telefon ini dikuasakan pemproses Exynos 9820 dan untuk storan 1TB, ia diberikan RAM sebesar 12GB.

Untuk kamera, ia dipasang tiga kamera belakang dan dua kamera hadapan. Tiga kamera belakang itu ialah kamera utama 12MP dwi-apertur F1.5/F2.4, kamera telefoto 12MP F2.4 dan kamera ultra lebar 16MP F2.2. Di hadapan pula, ia gandingan kamera 10MP dan 8MP.

Bateri di dalam peranti ini sebesar 4,100mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 15W, serta pengecasan wayarles Qi. Selain itu, ia juga boleh mengecas wayarles, peranti yang menyokong pengecasan wayarles Qi.

Telefon ini kalis air dan debu IP68 dan ia masih memiliki jek audio 3.5mm. Ia turut menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Galaxy S10+ juga dilengkapi pengimbas capjari ultrasonik di dalam skrin.

Sumber: Lowyat.net

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

4 December 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia

Galaxy S10+ 1TB boleh dibeli RM2000 lebih murah dari harga asal

14 May 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER