• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor ajak teka harga produk audio wayarles yang akan tiba tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 10:13 am
  • 14/05/2019
  • Komen
Honor ajak teka harga produk audio wayarles yang akan tiba tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang dalam kesibukan untuk melancarkan telefon pintar baru Honor 20, Honor Malaysia nampaknya akan membawa dua lagi produk baru ke Malaysia. Ianya bukanlah telefon pintar, sebaliknya dua produk tersebut ialah produk audio wayarles.

Di Facebook Honor Malaysia, satu status bergambar telah dimuat naik menyatakan dua produk audio wayarles akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Dua produk tersebut ialah bud telinga Honor Flypods Lite dan pembesar suara bluetooth Honor SoundStone.



Pengunjung Facebook Honor Malaysia seterusnya diminta untuk meneka jumlah harga untuk kedua-dua produk audio yang akan datang ini. Untuk menjawab, tinggalkan jawapan di ruangan komen status bergambar tersebut, jangan lupa LIKE Facebook Honor Malaysia dan kongsikan status bergambar itu.

Pertandingan teka harga ini akan ditutup pada hari Rabu, 15 Mei 2019 pukul 9 pagi. Pemenang akan dipilih berdasarkan teka harga yang paling hampir. Hadiah yang disediakan berupa Honor band 4 Running bernilai RM79.




Honor Flypods Lite

Untuk mengenali serba sedikit, bud telinga Honor Flypods Lite hampir serupa dengan Apple Airpods. Bud telinga ini memiliki rupa seperti fon telinga yang dipotong wayar dan dicas menggunakan kotak pengecas. ia memberikan masa hidup sehingga 12 jam. Ia kalis peluh dan percikan IP54.

Huawei SoundStone

Pembesar suara bluetooth Honor SoundStone pula ialah pembesar suara wayarles yang agak biasa. Rekaannya yang bulat dengan tali gantung membuatkan ia mudah untuk dibawa dan dipasang di apa jua situasi.

Di UK, Honor Flypods Lite dijual pada harga GBP75 (~RM405). Honor SoundStone pula sebenarnya ialah klon Huawei SoundStone, telah dijual di Malaysia pada harga RM199. Berapa agaknya harga rasmi kedua-dua produk Honor ini nanti?

Lekas teka dan tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen status tersebut.

Tags: honorHonor Flypods LiteHonor SoundStone
Najib

Najib

POPULAR

Honor ajak teka harga produk audio wayarles yang akan tiba tidak lama lagi

Honor ajak teka harga produk audio wayarles yang akan tiba tidak lama lagi

14 May 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN