• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Rupa Honor 20 Sebijik Macam Nova 4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:52 pm
  • 15/05/2019
  • Komen
Rupa Honor 20 Sebijik Macam Nova 4
Share on FacebookShare on Twitter

Honor dijadualkan melancarkan dua buah telefon pada 21 Mei 2019 di London. Mendekati tarikh pelancaran itu, sudah tentu akan ada maklumat yang terbocor di Internet. Maklumat terbaru adalah daripada leakster Roland Quandt yang berkongsi imej render Honor 20 di lamannya.

Honor 20 adalah model yang lebih rendah jika dibandingkan dengan Honor 20 Pro. Sungguhpun begitu, ia masih dipadatkan dengan ciri-ciri premium. Antara keunikan telefon ini adalah konfigurasi kuadkamera yang dimilikinya.



Ia tetap hadir dengan kamera 48 MP sebagai kamera utama. Kamera kedua adalah yang ada sudut pandang ultralebar 16MP manakala kamera ketiga digunakan untuk mengukur kedalaman mendan melalui sensor 2MP. Kamera terakhir sedikit unik kerana ia dikhaskan untuk gambar makro dan miliki jarak fokus minimum 4cm.

Pada bahagian muka, Honor 20 nampaknya seperti mewarisi rekaan HUAWEI nova 4 yang dilancarkan tak lama dulu. Ia ada paparan berlubang di penjuru sebelah kiri paparan untuk menempatkan kamera depan yang didakwa sekuasa 32MP. Menurut maklumat yang dikongsikan juga, Honor 20 adalah sebuah telefon sebesar 6.26″ beresolusi HD Penuh+.



HUAWEI Nova 4

Di papan utama, Honor 20 akan diperkasa SoC tercanggih Kirin setakat ini iaitu Kirin 980 bersama-sama RAM 6GB serta storan 128GB. Tiada maklumat lanjut menerangkan sama ada slot untuk memperluas storan dalaman ataupun tidak.

Unutk bateri, Honor 20 mengambil tenaga daripada bekalan bateri 3m750mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W Huawei SuperCharge melalui USB-C.

Jangan lupa untuk mengikuti majlis pelancaran Honor 20 yang akan berlangsung minggu depan.

Sumber:Roland Quandt

Tags: honorHonor 20
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Rupa Honor 20 Sebijik Macam Nova 4

Rupa Honor 20 Sebijik Macam Nova 4

15 May 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN