• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Hotlink boleh dapat 44GB data percuma dalam promosi HotlinkMU RAYA

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 17/05/2019
  • Komen
Pengguna Hotlink boleh dapat 44GB data percuma dalam promosi HotlinkMU RAYA
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Hotlink kini menawarkan 44GB data percuma dengan sebarang pembelian pelan HotlinkMU RAYA Deals. Promosi HotlinkMU RAYA ini akan berjalan dari 16 Mei sehingga 30 Jun 2019.

HotlinkMU menawarkan pelan yang direka khusus untuk setiap pelanggan. Pengguna Hotlink boleh memeriksa tawaran eksklusif HotlinkMU mereka menerusi aplikasi Hotlink RED.



Untuk mula mendapatkannya, buka aplikasi Hotlink RED, pergi ke bahagian HotlinkMU dan beli pas yang terdapat tanda RAYA PROMO.

Tiada had aplikasi atau sekatan kelajuan untuk menggunakan 44GB data percuma ini. Ia boleh dinikmati untuk melayari Instagram Stories, menonton cara membuat kuih raya di YouTube atau mendengar lagu Hari Raya di Spotify.



Tetapi ada satu perkara perlu diambil perhatian. 44GB data percuma ini sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis. Separuh darinya boleh digunakan sepanjang masa, manakala separuh lagi hanya boleh digunakan dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Bermakna, 22GB sepanjang masa dan 22 GB lagi khas dari pukul 1am-7am. Masa sah penggunaan 44GB data percuma ini juga berbeza mengikut pengguna.

Hotlink juga mahu menjadikan sambutan Hari Raya lebih ceria dengan melancarkan Video Muzik asli ciptaan mereka, bertajuk ‘Gaya Hari Raya’. Ia menampilkan artis seperti Alyssa Dezek, Fatin Afeefa, Nanasheme, Beacomel dan Wafiy yang menyanyikan pelbagai perkara menarik mengenai Hari Raya.

Untuk maklumat lanjut, layari lama promosi HotlinkMU Raya Deal. Semoga bulan puasa dan Hari Raya anda lebih bermakna dengan data percuma ini.

Tags: Hari RayaHotlin
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Hotlink boleh dapat 44GB data percuma dalam promosi HotlinkMU RAYA

Pengguna Hotlink boleh dapat 44GB data percuma dalam promosi HotlinkMU RAYA

17 May 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN