• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

ZenFone 6 Miliki Bilangan Kamera Paling Sikit Dalam Tahun 2019

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:13 am
  • 21/05/2019
  • Komen
ZenFone 6 Miliki Bilangan Kamera Paling Sikit Dalam Tahun 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam tahun 2019 ini, rata-rata pengeluar telefon lebih terarah kepada melengkapkan telefon mereka dengan kamera sebanyak mungkin. 5 kamera adalah pemandangan biasa. Tapi ZenFone 6, flagship terbaru Asus hadir dengan 2 kamera saja. Jadi, tak perlu pening nak pilih kamera mana untuk ambil gambar.

Dua kamera pada telefon ini berfungsi sebagai kamera depan dan kamera belakang, satu untuk gambar bersudut pandang biasa dan kamera kedua miliki sudut pandang ultralebar. Uniknya adalah ia ditempatkan dalam mekanisme boleh putar, rekaan yang pertama seumpamanya dalam dunia telefon.



Kamera utamanya menggunakan sensor IMX586 48MP dengan apertur seluas F1.79. Membantunya adalah kamera ultralebar 125° dengan sensor 13MP untuk memuatkan lebih banyak objek dalam gambar anda.

Atas kertas specs, ia mungkin adalah antara telefon flagship terbaik 2019. Ia ada paparan besar, tiada notch, speaker stereo, bateri besar, pengecasan pantas, slot kad mikro-SD, dan banyak lagi.



DIsebabkan menggunakan mekanisme kamera boleh putar, ZenFone 6 tidak miliki notch pada bahagian paparan. Ia diberikan skrin IPS-LCD 6.4″ dengan resolusi HD Penuh+.

Di papan utama, ia diperkasa SoC Snapdragon 855 bersama-sama RAM sama ada 6GB ataupun 8GB. Sebanyak 3 pilihan storan disediakan iaitu 64GB, 128GB, ataupun 256GB. Ia menyokong kad mikro-SD sehingga 2TB luasnya.

Menariknya telefon ini adalah ia ada speaker stereo tapi dengan kofngiruasi seperti yang boleh ditemui pada ZenFone 5Z, iaitu yang menggunakan speaker ganggang sebagai sumber bass.

Tiada pengimbas caj jari disebalik paparan tapi komponen itu boleh ditemui di bahagian belakang badan telefon. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan Android 9 Pei yang diselaputi ZenUI 6.

Segala komponen telefon ini mengambil tenaga daripada sekeping bateri berkapasiti 5,000mAH yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Di Eropah, harga sebuah ZenFone 6 adalah seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 64GB – EUR499 (RM 2,326)
  • RAM 6GB + storan 128GB – EUR559 (RM2,603)
  • RAM 8GB + storan 256GB – EUR599 (RM2,792)

Sila ambil maklum yang harga Eropah sentiasa lebih tinggi daripada harga di Malaysia. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: asusASUS ZenFoneasus zenfone 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ZenFone 6 Miliki Bilangan Kamera Paling Sikit Dalam Tahun 2019

ZenFone 6 Miliki Bilangan Kamera Paling Sikit Dalam Tahun 2019

21 May 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN