• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SoC Kirin Dalam Bahaya, ARM Berhenti Berurusan Dengan Huawei

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:32 am
  • 23/05/2019
  • Komen
SoC Kirin Dalam Bahaya, ARM Berhenti Berurusan Dengan Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Google dan Intel, ada beberapa lagi entiti lain yang mula memutuskan tali dagang dengan Huawei. ARM adalah pihak terbaru yang berbuat demikian. Sekiranya anda tidak mengenali ARM ini, ia adalah pihak yang mendalangi hampir semua SoC peranti mudah alih di atas muka bumi ini. Jika tidak kerana ARM, tiadalah Snapdragon, tiadalah MediaTek, tiadalah Kirin, tiadalah Exynos.

Kirin 980 menggunakan tatacara penghasilan daripada ARM

Sebagai pihak yang membangunkan tatacara penghasilan cip, ketiadaan ARM dalam formula SoC Kirin bermakna penghasilan system-on-chip itu mungkin dalam bahaya. Bahaya yang saya maksudkan bukanlah daripada segi teknikal sebaliknya Huawei akan kehilangan hak mengilang SoC menggunakan tatacara milik ARM.



Penganalisa merumuskan yang Huawei masih boleh menghasilkan SoC yang sedang mereka hasilkan kerana ia sudahpun dilesenkan kepada mereka. Tapi untuk masa-masa akan datang, SoC generasi baru nampaknya akan sukar dihasilkan tanpa bantuan ARM contohnya Kirin 985 yang sedang mereka bangunkan.

Tidak kira apa jenis SoC, ia terdiri daripada teras Cortex

Jika Huawei sudah ada alternatif kepada Android, Huawei juga perlu ada alternatif kepada ARM jika ingin terus hidup.



Agak pelik jika dilihat mengapa ARM menyertai pesta “menghentam” Huawei kerana mereka adalah organisasi yang berpengkalan di United Kingdom. Tambahan pula, ARM Holdings adalah milik SoftBank Group, firma kewangan dari Jepun. Tapi ARM ada 8 outlet yang sedang beroperasi di serata Amerika Syarikat.

Dalam hal yang berkaitan, beberapa entiti Jepun turut mengikuti jejak langkah yang sama. Antaranya ialah Panasonic, Sony, dan Toshiba. Misalnya, Sony kini membekalkan sensor pengimejan manakala Toshiba membekalkan modul RAM kepada produk Huawei.

Sumber: BBC, Nikkei, Gambar Pemuka

Google Terpaksa Putuskan Hubungan Dengan Huawei, Tiada Lagi Android Untuk Produk China Itu
Tags: armHuawei
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SoC Kirin Dalam Bahaya, ARM Berhenti Berurusan Dengan Huawei

SoC Kirin Dalam Bahaya, ARM Berhenti Berurusan Dengan Huawei

23 May 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER