• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Bukalapak platform e-dagang pertama Indonesia dibuka di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:48 pm
  • 26/05/2019
  • Komen
Bukalapak platform e-dagang pertama Indonesia dibuka di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

BukaGlobal, platform e-dagang dari Indonesia kini mengembangkan 4 juta pelapak (penjual di BukaLapak) ke luar Indonesia, salah satunya ke Malaysia. Ini menjadikannya platform e-dagang pertama Indonesia yang ke luar negara.

BukaGlobal menjadi platform untuk pelapak menjual produk mereka ke luar Indonesia, sekaligus membenarkan pengguna di Malaysia membeli produk dari Indonesia secara terus. Selain Malaysia, BukaGlobal membuka pasaran Bukalapak ke Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei.



BukaGlobal bekerjasama dengan Janio, sebagai rakan logistik untuk menghantar produk ke pasaran luar Indonesia. Dengan caj minima, Janio boleh menghantar produk dengan pantas serta dijamin kelulusan kastam dalam masa 48 jam.

Pengguna di Malaysia boleh mula membeli-belah di Bukalapak bermula 20 Mei 2019. Aplikasi Bukalapak boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore.



Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar akun Bukalapak dahulu. Nombor telefon Malaysia masih belum boleh digunakan untuk mendaftar, maka gunakan emel.

Selepas selesai mendaftar, produk yang boleh dibeli dan dihantar ke Malaysia terletak di dalam Buka Global. Ia terletak di dalam Menu Favorit di tengah aplikasi.

Selepas memilih produk yang ingin dibeli, pengguna boleh menetapkan alamat penghantaran. Di sini, pengguna boleh memilih Malaysia, memasukkan alamat penghantaran di Malaysia serta nombor telefon Malaysia.

Penghantaran diuruskan oleh Janio dan mereka akan memberitahu caj penghantaran dan berapa lama anggaran ia tiba. Pembayaran pula boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit sahaja buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.bukalapak.com.

Tags: BukaGlobalBukalapak
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Bukalapak platform e-dagang pertama Indonesia dibuka di Malaysia

Bukalapak platform e-dagang pertama Indonesia dibuka di Malaysia

26 May 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN