fbpx

Youtube tidak akan papar jumlah sebenar subscriber

Youtube, baru-baru ini mengumumkan yang mereka tidak akan menunjukkan jumlah subscriber sepenuhnya bagi sesebuah channel Youtube.

Menurut Youtube, mulai Ogos 2019, mereka hanya akan menunjukkan angka yang dibundar ke bawah mengikut jumlah sebenar subscriber.

Namun, bagi channel yang memiliki jumlah subscriber bawah daripada 1000, Youtube masih lagi menunjukkan angka sebenar. Ia akan mula memaparkan angka yang paling hampir apabila jumlah subscriber melebihi 1000.

Seperti contoh:

  • Jika sesebuah channel Youtube mempunyai 4,227 jumlah subscriber, kiraan yang akan dipaparkan adalah 4.2k sehingga jumlah tersebut mencapai 4,300.
  • Sekiranya channel Youtube mempunyai 133,017 subscriber, kiraan yang akan ditunjukkan adalah 133K sehingga ia mencapai 134,000.
  • Jika channel Youtube mempunyai 51,389,232 subscriber, jumlah yang akan dipaparkan adalah 51M sehingga saluran mencapai 52,000,000 jumlah subscriber.

Walau bagaimanapun, pemilik channel masih lagi boleh melihat jumlah sebenar subscriber yang mereka miliki.

Tujuan Youtube berbuat demikian adalah mereka mahu menyeragamkan cara paparan subscriber sesebuah channel Youtube. Hal tersebut kerana, jumlah subscriber yang ditunjukkan sekarang berbeza-beza sama ada menerusi aplikasi di telefon pintar mahupun di desktop komputer.

Jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh meninggalkan soalan di ruangan komen Youtube Help.

Namun mengapa contoh yang diberikan oleh Youtube, tidak termasuk contoh jumlah bilion subscriber? Ini kerana jumlah subscriber terbanyak yang dicatatkan sehingga kini ialah sebanyak 99,757,696 subscribers dan ia dimiliki oleh sebuah channel Youtube, T-Series.

BACA  Ramai pengguna Celcom kesal Video Walla 100GB tidak lagi percuma

Sumber: Youtube