• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga

  • OLEH Najib
  • 10:12 am
  • 28/05/2019
  • Komen
Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini, ramai orang di Malaysia mengadu bil elektrik mereka yang melambung tinggi, di luar kebiasaan dari bil-bil sebelum ini. Ada yang mencatatkan peningkatan 100% atau sekali ganda membuatkan ramai tidak berpuas hati dan mengadu di media sosial.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan, jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Menerusi soalan lazim (FAQ) dalam laman sesawang TNB, sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan dan prorata mengenakan kadar pada blok termurah. Seharusnya, ia tidak menjadikan bil naik melampau.



Tetapi bukan itu yang dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang memaklumkan, anggaran meter di dalam bil melebihi bacaan sebenar meter. Malah, ia juga tidak selari dengan yang dicatat di dalam aplikasi myTNB.

Surprisingly, the billed amount and meter reading is significantly lower on the myTNB app.

Are you having the same issue? Please compare your paper and online bill as well as your actual meter, and do let us know.

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) May 27, 2019

Berikutan itu, TNB mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengambil maklum terhadap rungutan dan aduan pelanggan berhubung bil elektrik yang tinggi. TNB juga juga telah menerima dan melayani aduan mengenai perkara itu yang dikemukakan terus di Kedai Tenaga.



“Bagaimanapun, tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan tersebut kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ia berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membawa bil masing-masing bagi memudahkan urusan semakan.

“TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya,” jelasnya.

Memandangkan perkara ini berlaku dalam skala yang besar, lebih baik TNB mengambil langkah pro-aktif berbanding menunggu orang ramai untuk hadir ke kedai tenaga membuat aduan.

Sumber: Bernama

Tags: TNB
Najib

Najib

POPULAR

Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga

Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga

28 May 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN