• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada OnePlus? Redmi Ada Ganti Flagship Killer

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:40 am
  • 29/05/2019
  • Komen
Tiada OnePlus? Redmi Ada Ganti Flagship Killer
Share on FacebookShare on Twitter

Flagship datang, flagship pergi. Dulu ada OnePlus, sekarang ada K20. Digelar “Flagship Killer 2.0”, Redmi mengumumkan siri K20 secara rasmi di China dengan versi “Pro”-nya yang menggunakan SoC Snapdragon 855.

Sekiranya telefon ini tiba di Malaysia kelak, ia akan berada sebaris dengan Mi 9 dan Honor 20 dalam kategori flagship sebab besar kemungkinan harganya tidak melebihi RM2,000.



Redmi K20 Pro

Salah satu daripada model yang diancarkan ialah Redmi K20 Pro. Varian ini adalah yang miliki spesifikasi paling tinggi antara keduanya. Berdasarkan helaian spesifikasi, ia menggalas SoC Snapdragon 855 dengan RAM dan storan masing-masing sehingga 8GB dan 256GB.

Menggunakan kamera selfie pop-up, telefon ini tiada notch di bahagian depan. Jadi anda beroleh nisbah paparan kepada badan setinggi 91.9% pada panel AMOLED sebesar 6.39″ yang beresolusi Full HD+. Sensor 20MP menguasakan kamera selfie pada K20 Pro.



Masih berkenaan kamera, bahagian belakang telefon ini menggayakan konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya, seperti biasa, menggunakan sensor 48MP dengan diikuti kamera 13MP untuk gambar sudut lebar dan kamera terakhir adalah kamera telefoto 2X dengan sensor 8MP.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,000mAh yang dicas pantas melalui USB-C di bahagian bawah Ia menyokong teknologi pengecasan pantas 27W, sama seperti Mi 9.

Ini mungkin akan jadi faktor pelaris telefon ini selain SoC flagship dan bateri besar. Ia hadir dengan jek 3.5mm untuk disuaikan dengan headfon anda.

Redmi K20

Menemani telefon premium K20 Pro ada K20 versi biasa. Ia masih mengekalkan saiz K20 Pro apabila menggunakan paparan 6.39″ yang sama. Kemudian, ia masih dikuaskaan bateri besar 4,000mAh.

Bezanya dengan edisi Pro adalah SoC yang digunakannya. Ia diberikan Snapdragon 730, SoC yang sama boleh ditemui pada Galaxy A80 dan ini adalah SoC pertama daripada Qualcomm yang dibangunkan khas untuk gaming kerana ada Qualcomm Gaming Elite.

Untuk kamera, ia ada kamera 48MP tapi bukan sensor yang sama seperti K20 Pro. Kemudian, baki dua kamera 13MP ultralebar dan 8MP untuk potret.

Harga K20 Pro & K20

Buat masa ini, produk ini hanya boleh dibeli di China. Harga-harga mereka adalah seperti berikut:

Redmi K20 Pro

RAM 6GB + storan 64GB – RMB2,499 (~ RM1,517)
RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,599 (~RM1,578)
RAM 8GB + storan 128GB – RMB2,799 (~ RM1,699)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB2,999 (~ RM1,820)

Redmi K20

RAM 6GB + storan 64GB – RMB1,999 (~RM1,213)
RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,099 (~ RM1,274)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB2,599 (~RM1,578)

Spesfikasi Asas Redmi K20 Pro & K20

Tags: androidRedmiRedmi K20redmi k20 proxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tiada OnePlus? Redmi Ada Ganti Flagship Killer

Tiada OnePlus? Redmi Ada Ganti Flagship Killer

29 May 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN