fbpx

Pilihan telefon pintar terbaik di bawah RM600 tahun 2019

Analisis

Apa kata kita lihat dulu kesemua spesifikasi telefon pintar kelas pertengahan bawah RM600 ini :

klik untuk besarkan jadual
Klik utuk besarkan jadual

Seperti yang anda lihat pada jadual diatas, hanya lapan sahaja telefon hadir dengan paparan saiz skrin yang hampir sama iaitu sekitar 6 inci. Hanya Nokia 4.2 dan Huawei Y5 2019 yang memiliki saiz skrin lebih kecil iaitu 5.71 inci. Namun ianya tidaklah jauh ketinggalan berbanding yang lain.

Selain itu juga, kesemua telefon tersebut hadir dengan rekaan skrin bertakuk dan beresolusi HD plus.

Menerusi jadual diatas juga, kita dapat lihat 3 jenama CPU yang berbeza iaitu, Snapdragon, Mediatek dan Exynos. Tiga daripadanya adalah dari Snapdragon iaitu Snapdragon 429, Snapdragon 439 dan Snapdragon 632. Empat lagi daripadanya, Mediatek iaitu Mediatek 6762, Helio P60, Mediatek 6567 dan Mediatek Helio A22. Baki satu daripada telefon tersebut merupakan CPU Exynos 7870.

Memandangkan kesemua telefon tersebut hadir dengan kualiti CPU yang tidak setara, sukar untuk saya jelaskan CPU manakah yang terbaik. Namun jika disusun secara menurun Mediatek Helio P60 berada ditangga teratas dan Exynos 7870 berada ditangga yang tercorot.

Jika dilihat pula pada jabatan storan, kesemua telefon yang tersenarai, hanya Samsung Galaxy M10 dan Xiaomi Redmi 7 edisi 2GB yang memiliki storan dalaman yang kecil iaitu 16GB. Manakala lagi lapan telefon tersebut hadir dengan memori sebesar 32GB.

Namun anda tidak perlu risau, ianya kerana kesemua telefon pintar tersebut menyokong memori tambahan. Tetapi, hanya 5 daripada 10 telefon tersebut memiliki tri-slot, dimana pengguna masih boleh menggunakan dua sim kad serta memori kad dalam sesebuah telefon.

Dua buah telefon iaitu Vivo Y93, Nokia 3.2 dan Nokia 4.2 tidak pula dinyatakan dalam kertas sama ada mereka memiliki trislot atau sebaliknya, walaupun masih lagi menyokong memori tambahan.

BACA  Menangi Reno 10x Zoom Edisi Barcelona dalam pertandingan fotografi Oppo

Pada bahagian kamera pula, Vivo Y91C, Nokia 3.2 dan Huawei Y9 2019 sahaja yang memiliki satu kamera, manakala yang lain tersedia dengan dwikamera. Dari segi resolusinya pula, hampir kesemua telefon pintar tersebut mempunyai kamera beresolusi 13MP kecuali Xiaomi Redmi 7 yang datang dengan resolusi kamera 12MP.

Dari segi sistem operasi pula, 5 daripada 10 telefon tersebut mendokong sistem operasi Android 8.1, manakala lagi lima buah telefon tersedia dengan Android 9 Pie.

Namun perlu anda ketahui bahawa, telefon kelas pertengahan selalunya tidak menerima sebarang kemas kini sistem operasi. Berbeza pula dengan Nokia 3.2 dan Nokia 4.2 kerana ia menggunakan Android One, bermakna dua peranti nokia ini akan menerima kemas kini sistem operasi selama 2 tahun.

Jika dilihat pula pada bateri, Realme 3 dan Oppo A5s menyediakan bateri terbesar antara yang lain iaitu 4230mAh. Namun ia tidaklah meninggalkan pesaingnya begitu jauh.

Telefon manakah yang berbaloi untuk anda?

Jika anda ingin memiliki sebuah telefon pintar utama, Realme 3 merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana, ianya memiliki bateri berkapasiti besar diantara lain iaitu 4230mAh.

Selain itu, telefon tersebut juga mendokong sistem operasi yang terbaru, Android 9 Pie dan diiringi dengan CPU Mediatek Helio P60 yang mampu melakukan tugas-tugas yang agak berat seperti bermain permain video dan menjalankan beberapa aplikasi serentak.

Jika anda seorang kaki selfie, Realme 3 sangat sesuai dengan diri anda kerana ianya memiliki kamera hadapan 13MP dengan ciri AI beauty, selain memiliki skrin yang luas dan beresolusi HD plus.

Namun jika anda bertanya kepada saya, manakah telefon yang akan saya pilih, secara peribadinya saya akan memilih Xiaomi Redmi 7 edisi 2GB.

BACA  Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T

Dengan harga yang murah iaitu RM499, ianya mampu memberikan saya mengalaman menonton video yang menarik kerana peranti itu hadir dengan skrin yang luas dan beresolusi HD Plus.

Bukan itu sahaja, Redmi 7 juga datang dengan bateri berkapasiti 4000mAh, cukup untuk saya gunakan dalam melayari internet serta media sosial, selain menjalankan tugas asas telefon pintar.

Contents