Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pilihan telefon pintar terbaik di bawah RM600 tahun 2019

Nokia 3.2

Hadir selepas abangnya, Nokia 4.2, Nokia 3.2 menawarkan telefon dengan paparan skrin yang lebih besar dan murah berbanding Nokia 4.2. Memiliki rekaan skrin bertakuk untuk kamera hadapan, ia memiliki skrin sebesar 6.26 inci. Selain itu, skrinnya juga beresolusi HD plus.

Pada bahagian dalaman pula, telefon pintar ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 429 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia juga menyokong memori tambahan sehingga 400GB.

Seperti telefon Nokia yang lain, ia juga menggunakan sistem operasi Android One. Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk terus menerima kemas kini sistem operasi selama dua tahun.

Berharga RM 499, anda boleh dapatkan telefon pintar ini dari pengedar sah Nokia yang tersenarai di sini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi Nokia.

Contents

BACA  Realme X3 SuperZoom diumum, kombo specs gaming dan kamera yang baik