fbpx

Samsung Lancar Kempen #iChanged Untuk Pancing Pengguna Masuk Ke Ekosistem Mereka

Jika anda sedang berfikir-fikir sama ada anda ingin menyertai team Samsung atau tak, ini adalah masa yang paling sesuai, atau lebih tepat lagi antara 31 Mei 2019 hingga 31 Julai 2019. Hal ini kerana, Samsung telah melancarkan kempen baru yang dipangil #iChanged untuk memberi insentif kepada sesiapa saja yang menyertai ekosistem mereka.

Bersama-sama kempen itu, Samsung turut menyediakan persian khas, Smart Software, yang boleh digunakan mereka untuk “pindah kapal” dengan lancar. Menggunakan Smart Software, mereka boleh memindahkan semua data, daripada gambar hinggalah nombor telefon, dari telefon lama dengan panduan yang mudah.

Lebih menarik, ia bukan saja menyokong platform Android, tetapi juga iOS juga.

Selain perisian, Samsung turut menyediakan beberapa tawaran menarik kepada anda jika ingin memiliki sebuah Galaxy S10 dalam tempoh promosi. Anda layak untuk menerima Galaxy Buds yang bernilai RM499 bila anda tukar beli telefon lama anda dengan Galaxy S10.

Samsung Galaxy Buds bernilai RM499

Bukan itu saja, anda juga akan terima seumit Galaxy Fit-e yang bernilai RM139. Maka, anda akan terima pemberian berjumlah RM638.

Galaxy Fit-e bernilai RM139

Layari laman rasmi kempen untuk maklumat lanjut

BACA  Jika Samsung Sebuah Galaksi, Note10 Adalah Pusatnya