• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 mula kelihatan dijual di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 10:36 am
  • 11/06/2019
  • Komen
OnePlus 7 mula kelihatan dijual di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 7 Pro, telefon pintar yang amat pantas dan lancar telah pun dilancarkan di Malaysia bulan Mei lepas. Tetapi versi bukan Pro masih tiada khabar tentang penjualannya. Jika anda mahu memilikinya, anda boleh cuba mendapatkan set import yang kini telah dibuka tempahannya oleh Mobile 2 Go.

Mobile 2 Go merupakan salah satu pengedar telefon pintar terkemuka di Lembah Klang, kini telah mula mengambil tempahan awal untuk set import OnePlus 7, dengan jaminan oleh Mobile 2 Go sendiri. Tempahan awal ini dijangka tiba pada hari Jumaat, 14 Jun 2019.



Terdapat dua versi OnePlus 7 yang ditawarkan dengan perbezaan pada RAM dan warna. Storan pula tetap pada 256GB sahaja. Harga yang ditawarkan oleh Mobile 2 Go adalah seperti berikut:

  • OnePlus 7 Mirror Grey (RAM 8GB RAM + storan 256GB) – RM2,199
  • OnePlus 7 Amber Red (RAM 8GB RAM + storan 256GB) – RM2,299
  • OnePlus 7 Mirror Grey (RAM 12GB RAM + storan 256GB) – RM2,599

Set import ini datangnya dari China dan menjalankan sistem operasi HydrogenOS, tetapi anda boleh mendapatkan ROM Global yang menjalankan sistem operasi OxygenOS dari Mobile 2 Go. Untuk makluman, pasaran antarabangsa selain China, membawakan OnePlus 7 dalam versi RAM 6GB dan storan 128GB atau RAM 8GB bersama storan 256GB sahaja. Tiada versi RAM 12GB.



Banyak kekurangan OnePlus 7 berbanding versi Pro. Skrin Optic AMOLED yang berukuran 6.41-inci tidak memiliki kadar segar semula 90Hz, dengan takuk kecil di atas untuk kamera depan. Tetapi ia masih menggunakan pengimbas capjari dalam skrin dan storan dari jenis UFS 3.0.

Untuk kamera, kamera hadapan di dalam takuknya menggunakan sensor 16MP F2.0. Di belakang pula hanya menggunakan dua kamera, iaitu kamera utama 48MP F1.7 dan kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4.

Baterinya pula sebesar 3,700mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 20W menerusi USB-C. Ia tidak memiliki jek audio 3.5mm tetapi memiliki pembesar suara stereo seperti versi Pro.

OnePlus 7 adalah pilihan alternatif untuk mereka yang mahukan kepantasan sistem operasi OxygenOS bersama pemproses terkini Snapdragon 855, tetapi pada harga yang lebih mampu tanpa perlu kamera terbaik.

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7 mula kelihatan dijual di Malaysia minggu ini

OnePlus 7 mula kelihatan dijual di Malaysia minggu ini

11 June 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER