• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Band 4 Kekal Jadi Raja Harga Patut Walau Diperkasa AMOLED

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:00 am
  • 12/06/2019
  • Komen
Mi Band 4 Kekal Jadi Raja Harga Patut Walau Diperkasa AMOLED
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak generasi pertama Mi Band, ia tak lekang daripada mulut pengguna yang sensitif harga kerana ini adalah gelang kecergasan berjenama yang paling murah anda boleh dapatkan dalam pasaran setakat ini. Iterasi keempat Mi Band 4 turut mengekalkan DNA yang sama apabila dijual pada harga bermula RMB 169 (RM101) sungguhpun nyata ditambah baik daripada generasi sebelumnya.

Daripada juah, rupanya saling tak tumpah seperti Mi Band 3, tapi Mi Band 4 kini hadir dengan paparan yang lebih besar, 0.95″, dan paparannya kini menggunakan panel AMOLED yang lebih terang serta dilapisi kaca terbaja untuk lebih keselamatan.



Selain menerima panel paparan baru, ciri-ciri lain Mi Band 3 masih dikekalkan. Contohnya kekalisan air sehingga 5ATM yang membolehkannya dibawa bersama ketika anda berenang di dalam kolam. Bagi meningkatkan kecekapan bateri, Xiaomi menaik taraf Bluetooth-nya kepada versi 5.0 BLE yang turut menambah baik jarak sambungan maksimum antara gelang dan telefon.

Mi Band 4 juga hadir dalam versi NFC. Namun ia macam tak berapa berguna untuk pengguna di luar China kerana ia cuma menyokong sistem pembayaran AliPay sebagai saluran pembayaran. Tapi, versi yang lebih mahal ini juga ada satu trik yang menarik. Ia menyokong arahan suara untuk anda mengawal perkaksan pintar di rumah anda.



Untuk harga, Mi Band 4 dijual pada harga bermula RMB 169 (RM101) dan untuk versi NFC ia dijual pada harga RMB299 (RM138). Ada juga edisi khas Avenger yang dijual pada harga RMB329 (RM199).

Tags: Mi Band 4xiaomixiaomi mi band 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi Band 4 Kekal Jadi Raja Harga Patut Walau Diperkasa AMOLED

Mi Band 4 Kekal Jadi Raja Harga Patut Walau Diperkasa AMOLED

12 June 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN