• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Vivobook Ultra K403 pecah rekod harga laptop dengan SSD 512GB

  • OLEH Najib
  • 3:37 pm
  • 13/06/2019
  • Komen
Vivobook Ultra K403 pecah rekod harga laptop dengan SSD 512GB
Share on FacebookShare on Twitter

Penurunan harga storan SSD membuatkan pengeluar boleh memuatkan storan lebih besar ke dalam laptop terbaru mereka. Perkara ini boleh dilihat dalam laptop terbaru ASUS yang tiba di Malaysia, VivoBook Ultra K403.

ASUS Malaysia memperkenalkan VivoBook Ultra K403 bersama storan SSD 512GB, dengan harga dari RM2,699 sahaja. Pada harga ini, pembeli akan turut menerima perkakas seperti pemproses Intel Core i3-8145U dan RAM 8GB. Untuk kuasa lebih tinggi, ia ditawarkan bersama pemproses Intel Core i5-8265U pada harga RM3,399.



Walaupun harganya dilihat murah dari yang lain, VivoBook Ultra K403 bukan calang-calang laptop. Ia memiliki ketahanan standard ketenteraan MIL-STD-810G, untuk memastikan ia tahan lasak untuk digunakan dalam pelbagai keadaan. Ia juga dipasang dengan bateri 4-sel 72Wh yang boleh memberikan masa penggunaan sehingga 24 jam.

Badan yang tahan lasak dan bateri yang tahan lama tidak memberi alasan untuk ASUS mencipta VivoBook Ultra K403 sebagai laptop yang bagak dan berat. Ia memiliki ketebalan hanya 16.5mm dengan berat 1.3kg sahaja. Luarannya juga diperbuat dari besi untuk rupa premium yang lebih diyakini.



Badannya yang kompak dan saiz kecil disumbang oleh paparaan NanoEdge, dengan bingkai skrin 4.1mm sahaja. Ini memberikannya nisbah skrin ke badan sebanyak 87%. Skrinnya berukuran 14-inci memiliki resolusi HD Penuh dalam nisbah 16:9.

Prestasi yang lancar untuk pelbagai penggunaan diuruskan oleh pemproses Intel Core-i generasi ke-8, bersama RAM LPDDR3 8GB dan storan SSD PCIe 512GB. Grafiknya digerakkan oleh cip Intel HD Graphics 620.

Penggunaan VivoBook Ultra K403 dipermudahkan lagi dengan papan kekunci bersaiz penuh dengan lampu belakang, untuk kegunaan di persekitaran malap. Ia juga dilengkapi sambungan yang mencukupi seperti port USB-A, USB-C, HDMI, jek audio serta slot kad SD bersaiz penuh.

Orang ramai boleh mula mendapatkan laptop ASUS VivoBook Ultra K403 di Malaysia bermula hari ini, dalam dua jenis warna iaitu biru dan merah jambu. Terdapat dua varian yang ditawarkan dengan harga berikut:

  • Intel Core i3-8145U, RAM 8GB, SSD 512GB – RM2,699
  • Intel Core i5-8265U, RAM 8GB, SSD 512GB – RM3,399

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk ASUS VivoBook Ultra K403.

Tags: asusVivoBook UltraVivoBook Ultra K403
Najib

Najib

POPULAR

Vivobook Ultra K403 pecah rekod harga laptop dengan SSD 512GB

Vivobook Ultra K403 pecah rekod harga laptop dengan SSD 512GB

13 June 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN