• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512, laptop ceria & bertenaga

  • OLEH Najib
  • 6:04 pm
  • 14/06/2019
  • Komen
ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512, laptop ceria & bertenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memenuhi permintaan muda-mudi yang mahu kelihatan bertenaga sentiasa, ASUS memperkenalkan laptop Vivobook Ultra A412 dan A512. Ia merupakan laptop yang nipis dan ringan, serta penuh bergaya dengan pilihan warna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang lalu-lalang.

Kedua-dua Vivobook Ultra A412 dan A512 memiliki persamaan dalam hampir semua perkara, kecuali pada saiz skrin, papan kekunci dan trackpad. Vivobook Ultra A412 merupakan laptop dengan skrin berukuran 14-inci bersama kekunci numpad di trackpad, manakala Vivobook Ultra A512 pula datang dengan skrin 15.6-inci serta kekunci numpad fizikal.



  • VivoBook Ultra A412
  • VivoBook Ultra A512

Skrin HD Penuh pada kedua-dua laptop ini memiliki bingkai nipis NanoEdge, dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 87%. Ini membolehkannya memiliki badan kecil, dengan berat hanya 1.5kg untuk A412 dan 1.6kg bagi A512 .

Kuasa pemproses Intel Core i5 generasi ke-8 menjadi tunjang laptop ini, menggunakan cip Intel Core i5-8265U dan ia dipadankan bersama kuasa grafik berasingan dari cip NVIDIA GeForce MX 250. Ini sesuai untuk pengguna kasual yang mahu bermain game terkini dan menjalankan pelbagai aplikasi serentak.



Tetapi RAM yang dibekalkan agak kecil untuk masakini, hanya 4GB dari jenis DDR4 2400MHz. Berita baiknya, pengguna boleh menambah sendiri RAM ini kerana ia menyokong sehingga 16GB. Kekurangan RAM ini pula digantikan dengan storan SSD mega besar 512GB. Tawaran yang sukar ditemui untuk laptop berharga bawah RM3,000.

Sambungan serba lengkap disediakan pada laptop ini. Antaranya port USB-C, USB-A, HDMI, jek audio dan slot kad mikroSD. Bagi wayarles pula, ia datang dengan WiFi 802.11ac dan Bluetooth 4.2.

ASUS menyatakan, kesemua laptop VivoBook datang dengan bateri yang tahan seharian. Ia juga disertakan teknologi pengecasan pantas, membolehkan 60% cas dalam masa 49 minit.

Laptop Vivobook Ultra A412 dan A512 ditawarkan dengan empat warna pilihan iaitu perak, kelabu, biru dan merah. Kedua-duanya memiliki tanda harga yang sama, hanya RM2,899 dan mula dijual di Malaysia pada 12 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk ASUS Vivobook Ultra A412 dan Vivobook Ultra A512.

Tags: asusVivoBookVivoBook Ultra K412VivoBook Ultra K512
Najib

Najib

POPULAR

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512, laptop ceria & bertenaga

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512, laptop ceria & bertenaga

14 June 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN